CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9943|Reply: 3

[Tempatan] Lelaki ceroboh rumah, nenek 73 tahun cedera ditumbuk

[Copy link]
Post time 30-1-2025 05:42 PM | Show all posts |Read mode
KUALA SELANGOR – Seorang wanita warga emas cedera ditumbuk lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Pasir Tuntong di sini, kelmarin.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa berusia 73 tahun yang tinggal bersendirian cedera pada bahagian mata dan bibir.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 5.50 petang dan siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 34 tahun menetap berdekatan rumah mangsa.



“Ketika kejadian, wanita itu didatangi suspek yang masuk melalui pintu rumah yang terbuka lalu menerkam dan menumbuk mangsa. Sewaktu pergelutan, mangsa menjerit meminta pertolongan dan suspek segera keluar melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Azharudin, wanita itu kemudian meminta bantuan jiran dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi rawatan lanjut.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan.

Sumber: Kosmo


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2025 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak speku, jahanam ni kalau tak sakit mental...gian dadah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:11 PM | Show all posts
tu risau biar pintu terbuka
seeloknya kunci la kita tak tahu org2 jahat ni tiba2 je muncul
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 11:16 PM | Show all posts
Tak jauh dari rumah B40tastekayangan ni.

Hopefully bukan nenek dia lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.043498 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list