CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12778|Reply: 0

Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:45 PM | Show all posts |Read mode


MOSCOW - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah meningkatkan sasaran penahanan harian pendatang tanpa izin kepada 1,800 orang, lapor New York Post yang memetik pelbagai sumber.

Awal minggu ini, Washington Post melaporkan bahawa Trump kecewa dengan hasil kempen pengusiran besar-besaran yang dilancarkan dan telah mengarahkan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) meningkatkan tangkapan daripada beberapa ratus kepada 1,200 ke1,500 orang sehari.
Menurut laporan akhbar itu pada Selasa, pentadbiran Trump kini menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.

Sejak Trump memegang jawatan, ICE telah melakukan lebih 4,500 tangkapan dan melaksanakan serbuan di beberapa bandar utama AS, termasuk New York, Denver, Chicago, Los Angeles dan Boston, dengan Rumah Putih dilaporkan mahu kadar penguatkuasaan lebih tinggi.

Selepas upacara angkat sumpah pada 20 Jan, Trump berikrar untuk segera menghentikan kemasukan pendatang tanpa izin ke sempadan AS dan memulakan proses pengusiran berjuta-juta individu. Beliau juga mengisytiharkan darurat kebangsaan berhubung situasi di sempadan selatan AS. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.036122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list