NEW YORK - Meta akan membayar tuntutan saman Amerika Syarikat (AS) sebanyak AS$25 juta kepada Donald Trump bagi kes melarang presiden itu daripada menggunakan Facebook dan Instagram susulan isu rusuhan Capitol 6 Januari 2021.
Menurut laporan Wall Street Journal, penyelesaian itu termasuk AS$22 juta yang akan digunakan untuk membiayai Perpustakaan Presiden Trump.
Pengasas Meta, Mark Zuckerberg ketika itu berkata, ‘risiko’ untuk membiarkan Trump menggunakan media sosial tersebut terlalu besar.
“Bagaimanapun, Meta kemudiannya mengembalikan akaun Trump pada 2023,” ujarnya ringkas.
Dalam masa sama, Zuckerberg berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Trump selepas pilihan raya tahun lalu termasuk melawat Mar-a-Lago, malah Meta menyumbangkan AS$1 juta ke dalam dana pelantikannya.
Jutawan itu juga menonjol di belakang Trump semasa pelantikannya dan duduk bersama eksekutif teknologi besar lain seperti pemilik X, Elon Musk serta pengasas Amazon, Jeff Bezos.
Terdahulu, Trump menyaman Meta selepas diusir daripada platform Facebook dan Instagram.
|