CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16319|Reply: 0

Harga kopi arabika global cecah RM15.80 setiap paun

[Copy link]
Post time 30-1-2025 09:06 PM | Show all posts |Read mode


NEW YORK - Harga kopi arabika global melonjak ke paras tertinggi melebihi 3.60 dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu kira-kira RM15.80 setiap paun.

Memetik laporan Reuters, ia berlaku apabila Brazil selaku pengeluar biji kopi terbesar dunia hampir kehabisan bekalan untuk dijual, sekali gus mencetuskan kebimbangan berterusan terhadap hasil tuaian akan datang.

Peniaga berkata, sekitar 70 hingga 80 peratus hasil tuaian semasa di Brazil telah dijual tetapi dagangan baharu bergerak perlahan meskipun keadaan cuaca, baru-baru ini, lebih baik berbanding kemarau tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Agensi Bekalan Makanan Brazil, Conab, hasil tuaian akan datang menjadi 4.4 peratus lebih kecil daripada sebelumnya.

"Bekalan kopi global kekal terhad. Vietnam masih perlahan dalam penjualan tanaman kopi robusta. Kopi arabika dituai di Amerika Tengah dan Colombia juga mengambil masa lebih lama untuk sampai ke pasaran.

"Petani Brazil tidak lagi menunjukkan minat tinggi menjual lebih banyak biji kopi," kata firma broker HedgePoint Global Markets pada Rabu.

Niaga hadapan kopi arabika di bursa ICE iaitu kontrak penanda aras global bagi perdagangan kopi fizikal mencatatkan rekod tertingg 3.69 dolar AS setiap paun sebelum ditutup, naik 2.5 peratus berbanding 3.67 dolar AS per paun, menjadikan kenaikan tahunan hampir 15 peratus.

Sementara itu, harga kopi robusta iaitu variasi lebih murah yang kebiasaannya digunakan dalam kopi segera naik 0.9 peratus kepada 5.61 dolar AS setiap tan metrik.

Eksport kopi dari India selaku pengeluar robusta kelima terbesar dunia dijangka merosot lebih 10 peratus pada tahun ini akibat pengeluaran lebih rendah selain stok baki musim lalu.

Petani di India dan Vietnam berpandangan, pihaknya mahu menangguhkan penjualan dengan harapan harga akan terus meningkat.

Broker Sucden menerusi laporan berasingan memberitahu, petani Brazil kini mengutamakan jualan domestik berbanding eksport dalam dolar AS meskipun tawaran harga lebih tinggi kerana kedudukan kewangan mereka bertambah baik secara signifikan untuk tempoh dua tahun terakhir.

Pihaknya menambah, stok simpanan negara itu kini merosot sekitar 500,000 beg, jauh lebih rendah daripada purata lapan juta beg sebelumnya menjadikan gangguan cuaca tambahan berpotensi memberi kesan besar terhadap harga kopi global.

Sucden menjangkakan, pasaran kopi global bakal mencatatkan defisit untuk tahun keempat berturut-turut musim ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.032231 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list