CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17451|Reply: 0

[Sarawak] Benteng sungai Batu Kawa kurangkan kesan banjir seketika di Kampung Rantau Panjang

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:06 PM | Show all posts |Read mode


Ismail (kanan) bersama isterinya di pusat pemindahan sementara (PPS) di SJK Chung Hua Batu Kawa di sini hari ini.

KUCHING: Benteng sungai di Batu Kawa membantu mengurangkan kesan banjir di Kampung Rantau Panjang, walaupun hanya pada tahap tertentu, menurut salah seorang penduduk kampung tersebut.

Bercakap kepada pemberita pagi ini, Chum Jony, 57, menggesa pihak berkaitan untuk menyiapkan benteng sungai di sekitar kampung itu, berikutan air banjir mengalir masuk ke kampung itu dari sungai di bahagian belakang.

“Bagi saya yang tinggal di Kampung Rantau Panjang, walaupun terdapat benteng sungai di hadapan kampung, air banjir masih mengalir dari sungai di bahagian belakang.

“Apabila saya berjumpa dengan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian hari ini, beliau menyatakan ada benteng, jadi ia (kawasan itu) sepatutnya lebih selamat.

“Jadi, saya berkata, kalau begitu, Datuk patut buat benteng di sekitar kampung itu,” kata Chum ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di SJK Chung Hua Batu Kawah di sini hari ini.


Chum ketika ditemui pemberita di PPS SJK Chung Hua Batu Kawa hari ini. – Gambar Mohd Faisal Ahmad

Chum yang merupakan pesakit strok berkerusi roda seterusnya menyatakan bahawa, sekiranya benteng itu dibina sepenuhnya di sekeliling kampung, penduduk tidak perlu dipindahkan.

“Saya mohon kepada mana-mana pihak berkuasa berkaitan untuk menyiapkan benteng di sekitar Kampung Rantau Panjang supaya kita selamat daripada banjir.. tetapi yang lebih ditakuti adalah buaya,” kata Chum.

Berkongsi pengalamannya semasa pemindahan banjir, Chum berkata anaknya terpaksa membawanya melalui air banjir setinggi satu kaki kerana dia bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

"Dokumen dan barang penting saya telah diselamatkan susulan saya bimbang banjir mungkin lebih besar," kata Chum.

Senada dengan Chum, Ismail Salleh, 64, berkata walaupun benteng itu secara dasarnya membantu mengurangkan banjir, paras sungai yang semakin meningkat masih menyebabkan air mengalir masuk dari belakang kampung.

“Kadang-kadang, ia (benteng) membantu sedikit, tetapi air tetap naik dari belakang,” kata Ismail yang turut berada di PPS di sini hari ini.

Ismail yang hilang upaya di bahagian kaki sejak terlibat kemalangan pada 2018 berkata susulan situasi tersebut, penduduk Kampung Rantau Panjang sentiasa bersiap siaga menghadapi banjir tahunan.

"Biasanya, kami akan berada di sini (di PPS) dari tiga hingga empat hari," kata Ismail.

Chum dan Ismail dalam pada itu menyatakan bahawa PPS telah banyak membantu situasi keluarga mereka, memenuhi keperluan asas dan memberikan sokongan yang memuaskan sepanjang pemindahan.

Untuk rekod, PPS di SJK Chung Hua setakat hari ini ini telah menempatkan 236 mangsa banjir dari Kampung Rantau Panjang yang terdiri daripada 59 keluarga, sembilan bayi, 18 warga emas dan dua orang kurang upaya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.639279 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list