CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40079|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 10,009

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:40 PM | Show all posts |Read mode


SERIAN: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 10,009 orang, dengan 58 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka setakat tengah hari semalam.

Sehubungan itu, Timbalan Premier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata jumlah mangsa dijangka terus meningkat bergantung kepada keadaan cuaca semasa di negeri ini.

“Serian mencatatkan jumlah PPS tertinggi dengan 19 PPS telah dibuka susulan banjir yang melanda kawasan tersebut.”

“PPS ini menempatkan 667 isi rumah yang melibatkan seramai 2,066 mangsa di Serian,” katanya.

Uggah berkata demikian dalam satu sidang media ketika melawat mangsa banjir di Dewan Masyarakat Serian.

Menurutnya, setakat hari ini, seramai 2,817 isi rumah di Sarawak masih berlindung di PPS dan jumlah ini dijangka meningkat sekiranya keadaan cuaca terus memburuk.

“PPS di Bintulu telah dibuka sebanyak sembilan lokasi, menempatkan 1,267 isi rumah yang merangkumi 4,605 mangsa.

“Kami telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi PPS dan saya berpuas hati dengan usaha pemindahan mangsa, terutama di Bintulu, yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir seperti ini.

“Namun, saya kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh semua agensi bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa,” katanya.

Uggah turut menyarankan agar Ketua PPS bertindak segera untuk mengenal pasti mangsa yang mengalami masalah kesihatan bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.

Beliau juga menasihatkan penduduk agar bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir akibat fenomena air pasang.

“Kita telah menyaksikan air pasang besar berlaku malam tadi (30 Januari), dan kita akan terus memantau keadaan pada malam ini.

“Tadi, Residen Bintulu memaklumkan kepada saya bahawa paras air di Bintulu telah mula surut, tetapi kita belum dapat menjangka keadaan yang akan terjadi pada malam ini.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Petroleum Nasional (PETRONAS) atas bantuan mereka dalam pengagihan makanan kepada mangsa di PPS Serian.

“Makanan bukanlah satu masalah kerana bekalan mencukupi, dan kami amat berterima kasih kepada PETRONAS atas bantuan mereka kepada penduduk di sini.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, SDMC telah mengesahkan Sarawak dijangka akan mengalami cuaca buruk dari November 2024 hingga Mac 2025.

“Oleh itu, kerjasama semua agensi dalam mengikuti arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) amat penting,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.041782 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list