CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43215|Reply: 0

Suami tergamak kongsi gambar bogel isteri sendiri dalam grup WhatsApp

[Copy link]
Post time 31-1-2025 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 31-1-2025 04:47 PM

Perkahwinan sepatutnya menjadikan seorang wanita berasa selamat dengan suami diharap dapat memberikan perlindungan.

Tetapi malang nasib wanita ini apabila suami mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar peribadi mereka dalam satu kumpulan WhatsApp.

Menurut wanita itu, selama ini dia tidak tahu perbuatan keji suaminya sehinggalah dia memeriksa telefon lelaki itu.

Dia yang berasa marah dan malu terus membuat laporan polis.



Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita di media sosial sebelum mendapat perhatian ramai khususnya golongan isteri.

"Ada satu kes tuduh (dakwaan) di mahkamah. Suami share gambar bogel isteri sendiri dekat grup WhatsApp.

"Isteri dapat tahu lepas stalk telefon suami. Dia terus buat laporan polis," dedah wanita itu dalam hantarannya.

Susulan perkongsiannya, ramai netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan lelaki tersebut yang jelas tidak menghormati dan menjaga maruah isteri.

Menurut wanita itu, si isteri yang marah dan kecewa tidak berdiam diri selepas membuat laporan polis sebaliknya terus memfailkan penceraian.

"Tak faham dengan lelaki jenis suka ambil gambar dalam 'kelambu' ni. Banyak lagi gambar lain boleh ambil. Manusia sekarang suka buat perangai pelik-pelik.

"Mujur la si isteri pun dah buat permohonan cerai. Tak perlu ada lelaki macam tu jadi suami. Isteri dia sudah angkat kaki. Tak guna simpan suami macam tu.

"Tapi itu la... aib isteri tu sudah tersebar," ulas wanita itu lagi di ruangan komen, membalas pertanyaan netizen.

Tambahnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat si suami dikatakan mempunyai masalah kewangan.

"Jadi dari situ dah boleh agak kenapa dia share gambar tu kat WhatsApp group kan," katanya.

Perkongsian wanita ini mengundang netizen untuk memberikan komen dan pandangan masing-masing.

"Apa pun alasan, suami tak sepatutnya ada gambar bogel isteri dan sebaliknya. Kalau ada simpanan tu maksudnya memang sudah tak normal.

"Pertama sekali, kenapa kena ambil gambar bogel sesama suami isteri? Benda hari-hari boleh tengok kan? Benci betul siap ambil gambar nak sebar pula. Niat tak baik dari awal," ujar seorang netizen.

Dari sudut agama, Islam sangat menekankan kepentingan menjaga aib pasangan manakala dalam rumah tangga, suami sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan bukan sebaliknya.

Perbuatan menyebarkan gambar sebegini bukan sahaja satu pengkhianatan dalam perkahwinan, malah boleh mendatangkan kesan buruk kepada mangsa dari segi emosi dan sosial.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044495 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list