CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25281|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Warga emas pandu lawan arus ditahan

[Copy link]
Post time 1-2-2025 06:04 PM | Show all posts |Read mode


Nilai: Pemandu kereta yang tular memandu secara melawan arus di Kilometer 18 hingga 20 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) hari ini, ditahan polis ketika hadir menyerah diri hari ini.

Dalam video berdurasi 3 minit 19 saat yang tular di TikTok itu, kereta Perodua Axia dirakam memandu di lorong paling kanan menghala ke Kajang.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kira-kira 11.30 pagi tadi, pihaknya mengesan video berkenaan menunjukkan kereta terbabit dipandu secara melawan arus.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai mengesan pemilik kereta itu sebelum meminta pemandu hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu lelaki tempatan berumur 72 tahun dipercayai untuk pulang ke rumah.

"Pemandu itu juga dipercayai mempunyai masalah lupa dan dalam perjalanan pulang ke kawasan Seremban," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor B Sharveen Raj Balachandran di talian 011-26176424," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034626 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list