CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25257|Reply: 0

[Dunia] Mayat wanita dalam kereta di tepi jalan, anak dedah masalah sebenar ibu

[Copy link]
Post time 1-2-2025 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Tanda tanya mengenai kehilangan seorang wanita akhirnya terjawab, selepas mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Memetik laporan Thaiger, suami mangsa memberitahu, isterinya yang berusia 47 tahun keluar ke pasar untuk membeli barangan runcit pada Khamis.

Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah dan cubaan demi cubaan untuk menghubunginya menemui kegagalan, sekali gus menyebabkan dia dan anak perempuannya tertanya-tanya mengenai keberadaan mangsa.



Leftenan Polis Thongchai Kaewjarun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa pada Jumaat, kira-kira pukul 5.30 petang di tepi jalan di Phra Nakhon Si Ayutthaya, Thailand sehari selepas mangsa dilaporkan hilang.

Ujarnya, polis yang tiba di tempat kejadian mendapati kereta tersebut dalam keadaan enjinnya hidup dan pintu berkunci.

Setelah pintu kereta Berjaya dibuka, mayat wanita itu ditemui di tempat duduk pemandu tanpa tanda-tanda pergelutan atau serangan.

Beg tangan pula ditemui di tempat duduk penumpang bersama dapur gas, manakala sebotol cecair pemetik api pula berada berhampiran gear.

Anak perempuan mangsa menyatakan bahawa dia tidak tinggal bersama ibunya dan kali terakhir mereka berjumpa adalah seminggu lalu.

Dia turut memaklumkan bahawa ibunya mempunyai beberapa hutang, namun tidak menyangka wanita itu akan mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya.

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067349 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list