CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15802|Reply: 3

[Tempatan] Anak OKU kini menderita sakit kanser payudara

[Copy link]
Post time 6-2-2025 09:54 AM | Show all posts |Read mode
BESUT – Seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) fizikal menerima ujian berat apabila disahkan menghidap kanser payudara sembilan bulan lalu.

Ibunya, Wan Jah Daud, 50, berkata, penyakit barah itu di­sedari selepas ketulan di dada anaknya, Nor Syafiqah Ismail, 22, pecah pada April tahun lalu.

“Sebelum ini, kehidupan anak saya ceria selepas mengikuti Prog­ram Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tenang, Hulu Besut di sini.

“Tiba-tiba dia jatuh tertiarap menyebabkan ketulan di dada­nya pecah. Pihak Hospital Besut mengesahkan ia (ketulan) adalah kanser,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung La, Hulu Besut baru-baru ini.



Wan Jah berkata, sebelum ini anaknya itu pernah mengadu sakit dada, namun hanya mendapat rawatan biasa di klinik berhampiran.

“Anak saya menjalani pembedahan selepas dikejarkan ke hospital sebaik ketulan dadanya pecah. Pada mulanya dia nampak seperti sudah pulih dan boleh kembali ke sekolah mengikut PPKI, namun tahap kesihatannya kembali merosot tujuh bulan kemudian,” katanya.

Wan Jah berkata, sejak itu Nor Syafiqah memerlukan penja­gaan rapi. Anaknya itu terpaksa di­tinggalkan bersendirian dengan dipantau jiran-jiran sewaktu dia dan suaminya keluar menoreh getah.

“Kami tiada pilihan, menoreh getah merupakan sumber pencarian kami bagi menyara keluarga dan membiayai kos perubatan Nor Syafiqah,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumba­ngan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional Nor Syafiqah bernombor 11005-41-00011200-6 atau menghubungi wanita itu di talian 01140669210.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 12:04 PM | Show all posts
Moga dipermudahkn..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesian nya. oku kan. camne lah menahan sakit sampai dah pecah gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 02:51 PM | Show all posts
siannye adik...
11005-41-00011200-6

Bank Simpanan Nasional
Nor Syafiqah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042474 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list