CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7543|Reply: 0

Argentina keluar WHO, salahkan kuarantin Covid-19

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:58 PM | Show all posts |Read mode


BUENOS AIRES, ARGENTINA – Argentina mengumumkan keluar  daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengekori langkah yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada bulan lalu, demikian menurut saluran berita CNN semalam.

“Presiden (Javier) Milei mengarahkan (Menteri Luar) Gerardo Werthein untuk menarik balik penyertaan Argentina dalam WHO,” kata jurucakap Milei, Manuel Adorni pada sidang akhbar semalam.


Adorni berkata, keputusan itu disebabkan perbezaan mendalam mengenai pengurusan kesihatan antara Buenos Aires dan WHO, terutamanya mengenai pandemik Covid-19.

“Pandemik Covid-19 membawa kita kepada perintah berkurung terpanjang dalam sejarah manusia,” katanya.

Satu kenyataan kemudian dikeluarkan oleh pejabat Presiden menuduh WHO menyebabkan kehancuran ekonomi semasa pandemik Covid-19 dengan mempromosikan kuarantin tanpa henti.

“Adalah sesuatu yang penting untuk kita memikirkan semula tentang mengapa organisasi supranasional wujud, dibiayai oleh semua, namun tidak memenuhi objektif penubuhannya.

“Ia (WHO) terlibat dalam politik antarabangsa dan berusaha untuk meletakkan dirinya mengatasi negara-negara  anggota,” kata kenyataan tersebut.

“Rakyat Argentina tidak akan membenarkan organisasi antarabangsa campur tangan dalam kedaulatan kami, lebih-lebih lagi dalam isu kesihatan,” tambah Adorni.

Tambahnya, penarikan diri itu sebaliknya akan memberikan fleksibiliti yang lebih besar untuk melaksanakan dasar demi kepentingan Argentina dan ketersediaan sumber yang lebih besar. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.036825 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list