CBP pada Rabu menunjukkan kumbang yang ditemukan tersembunyi di dalam bungkusan snek Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. FOTO US Customs and Border Protection/AFP
Los Angeles: Pihak kastam Amerika Syarikat (AS) menemukan puluhan kumbang gergasi yang diseludup dalam penghantaran snek Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles bulan lalu.
Sebanyak 37 serangga hidup, sepanjang 13 sentimeter, ditemukan tersembunyi dalam bungkusan kerepek kentang, coklat dan makanan ringan lain.
Pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) menganggarkan nilai serangga eksotik itu sekitar AS$1,500 (RM6,640.61) dan dipercayai untuk kolektor serangga unik.
"Kumbang ini mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi penyeludupan serangga boleh mengancam sumber pertanian kita," kata Cheryl Davies dari CBP.
Kumbang boleh menjadi perosak serius dengan memakan tumbuhan, daun dan akar serta bertelur pada kulit pokok yang merosakkan hutan.
Antara spesies yang ditemukan termasuk kumbang scarab, stag beetle dan darkling beetle, berkemungkinan dihantar ke zoo tempatan yang mempunyai permit khas.
Walaupun Jepun terkenal dengan makanan ringan unik seperti KitKat perisa bunga sakura dan wasabi, serta beberapa serangga seperti belalang dan cengkerik yang dimakan di kawasan luar bandar, kumbang bukanlah makanan biasa di negara itu.
sumber : kosmo
|