CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10168|Reply: 0

Singapura guna FICA tangani manipulasi algoritma ketika pilihan raya

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai berkumpul di sekitar patung Merlion di Marina Bay, Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA: Singapura akan menggunakan Akta Campur Tangan Asing 2021 (FICA) bagi menangani manipulasi algoritma media sosial oleh pihak asing yang bertujuan mempengaruhi landskap politik negara itu.

Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri, Sun Xueling, memberitahu Parlimen pada Rabu bahawa pelbagai peruntukan di bawah akta itu boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.

Ia khususnya membabitkan kempen maklumat bermusuhan yang dijalankan oleh pihak asing untuk mempengaruhi pilihan raya umum (PRU) negara tersebut.

SINGAPURA: Singapura akan menggunakan Akta Campur Tangan Asing 2021 (FICA) bagi menangani manipulasi algoritma media sosial oleh pihak asing yang bertujuan mempengaruhi landskap politik negara itu.

Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri, Sun Xueling, memberitahu Parlimen pada Rabu bahawa pelbagai peruntukan di bawah akta itu boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.

Ia khususnya membabitkan kempen maklumat bermusuhan yang dijalankan oleh pihak asing untuk mempengaruhi pilihan raya umum (PRU) negara tersebut.

"Jika algoritma sengaja dimanipulasi oleh individu atau entiti asing, termasuk syarikat media sosial, untuk mempengaruhi politik domestik kita, ia akan dianggap sebagai campur tangan asing.

"Kerajaan akan berunding dengan syarikat media sosial sebelum PRU akan datang bagi mengingatkan mereka mengenai keperluan mematuhi undang-undang yang terpakai, terutama yang berkaitan dengan campur tangan asing," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng.

Menurut laman sesawang Kementerian Ehwal Dalam Negeri, di bawah FICA, arahan boleh dikeluarkan kepada perantara Internet, seperti perkhidmatan media sosial, untuk menurunkan kandungan mereka, menggantung atau menyahaktifkan akaun supaya kandungan itu tidak dapat dilihat oleh pengguna di Singapura. Kegagalan mematuhi arahan ini adalah satu kesalahan.

Sementara itu, Sun berkata Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian 2019 (POFMA) boleh digunakan bagi menangani penyebaran maklumat palsu di platform dalam talian sepanjang tempoh pilihan raya.

Di bawah akta itu, kerajaan boleh mengeluarkan arahan yang memerlukan penerbitan fakta yang betul.

"Selain itu, semua pengiklanan pilihan raya dalam talian semasa tempoh itu mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya Parlimen 1954 bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti," katanya.

Di bawah undang-undang itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya boleh mengarahkan platform media sosial untuk menyekat akses atau menghapuskan sebarang pengiklanan pilihan raya dalam talian yang melanggar peraturan berkenaan.

Dalam soalannya, Dr Tan bertanya sama ada kerajaan telah menilai potensi kesan platform media sosial entiti asing yang memanipulasi algoritmanya untuk sama ada memihak atau merugikan calon atau kumpulan tertentu, semasa atau sebelum pilihan raya umum diadakan.

Beliau juga bertanya sama ada undang-undang sedia ada seperti POFMA dan FICA mencukupi untuk menangani isu tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.089973 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list