CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10131|Reply: 0

Aga Khan, 88, pemimpin spiritual umat Islam Ismaili, meninggal dunia

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Aga Khan.

LISBON: Aga Khan, pemimpin spiritual masyarakat Islam Syiah Ismaili yang terkenal dengan kerja pembangunan di seluruh dunia, meninggal dunia di Lisbon pada usia 88 tahun.

Menurut Rangkaian Pembangunan Aga Khan (AKDN), pengumuman mengenai pengganti kepada Putera Karim al-Husseini, nama sebenarnya, akan dibuat tidak lama lagi.

Menurut laporan Al-Jazeera, seorang pengganti akan dipilih daripada keturunan lelaki Aga Khan, mengikut tradisi Ismaili.

Putera Rahim Al-Hussaini telah dinamakan sebagai Imam ke-50, atau pemimpin spiritual bagi umat Islam Ismaili, menggantikan ayahnya. Perlantikan itu diumumkan selepas pembukaan wasiatnya, yang menamakan Putera Rahim sebagai Aga Khan.

Putera Rahim, 53 tahun, adalah anak sulung Putera Karim, dilahirkan pada Oktober 1971. Beliau menerima pendidikan dalam bidang sastera di Universiti Brown dan terlibat secara aktif dalam AKDN, khususnya dalam isu perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.

Aga Khan pernah menetap lama di Perancis dan berpangkalan di Portugal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Rangkaian pembangunan dan yayasannya berpusat di Switzerland. Beliau akan dikebumikan di Lisbon. Beliau meninggalkan tiga orang anak lelaki, seorang anak perempuan, serta beberapa cucu.

Putera Rahim Al-Hussaini. - Foto REUTERS
Dilahirkan pada 13 Disember 1936 di Geneva, beliau menghabiskan masa kecilnya di Nairobi, Kenya, sebelum kembali ke Switzerland untuk belajar di Sekolah Le Rosey yang eksklusif. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam sejarah Islam di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS).

Selepas pemergian datuknya, Sir Sultan Mahomed Shah Aga Khan, pada tahun 1957, beliau dilantik menjadi imam bagi umat Islam Ismaili, salah satu cabang Syiah, pada usia 20 tahun.

Aga Khan dikenali sebagai pembela budaya dan nilai-nilai Islam serta dianggap sebagai jambatan penghubung antara masyarakat Islam dan Barat, walaupun beliau enggan terlibat dalam politik.

Jutawan itu juga menjalani gaya hidup mewah, termasuk memiliki jet peribadi, kapal layar mega, dan sebuah pulau persendirian di Bahamas. Beliau memegang kewarganegaraan British, Perancis, Switzerland, dan Portugal.

Rangkaian Pembangunan Aga Khan, pertubuhan kebajikan utama beliau, memberi tumpuan kepada kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pembangunan ekonomi luar bandar.

Ia dikatakan beroperasi di lebih 30 negara, menggaji 96,000 orang dan mempunyai bajet tahunan kira-kira AS$1 bilion (RM4,6 bilion) untuk aktiviti pembangunan. Pertubuhan itu membantu membina sekolah dan hospital di kawasan termiskin di Afrika dan Asia. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.604582 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list