CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10108|Reply: 0

Prabowo nilai prestasi menteri lepas 100 hari, mungkin rombak Kabinet

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:38 PM | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, memberi isyarat bahawa beliau bersedia untuk merombak Kabinetnya selepas menilai prestasi menteri-menterinya dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahannya.

Dalam ucapannya sempena ulang tahun ke-102 Nahdlatul Ulama di Jakarta baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat tidak akan diberi tempat dalam pentadbirannya.

Prabowo, yang mengangkat sumpah sebagai presiden pada 20 Oktober lalu, membuat kenyataan itu selepas secara rasmi mencapai tempoh 100 hari pentadbiran pada 28 Januari lalu.

"Saya telah berkali-kali memberi amaran bahawa sesiapa yang enggan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk rakyat, atau tidak mengamalkan tata kelola yang baik, akan berdepan dengan saya," katanya.

Kenyataan itu menguatkan lagi spekulasi mengenai rombakan kabinet yang berkemungkinan dilakukan dalam waktu terdekat. Prabowo menegaskan bahawa keutamaan beliau adalah mewujudkan pentadbiran yang bersih, telus, dan benar-benar berpihak kepada rakyat.

Beliau turut memberi amaran kepada pegawai pemerintah supaya segera memperbaiki prestasi mereka atau berdepan dengan tindakan tegas daripada pihaknya.

"Kami memberi peluang sepanjang 100 hari pertama untuk mereka membetulkan diri. Jika masih ada yang tidak mahu berubah, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya.

Isyarat itu diberikan oleh Prabowo di tengah-tengah desakan supaya Kabinetnya yang merangkumi 109 individu, termasuk 48 kementerian dan beberapa agensi pemerintah, dikaji semula.

Beberapa menteri terpalit dengan kontroversi yang menimbulkan kritikan awam, termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia, yang memperkenalkan peraturan baharu berkaitan penjualan gas bersubsidi pada 1 Februari lalu.

Peraturan tersebut menghadkan penjualan gas bersubsidi kepada pengedar sah, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang bergantung kepada silinder LPG 3 kilogram untuk keperluan harian mereka.

Laporan Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-Undang (Celios) yang melibatkan kajian terhadap 95 wartawan menyenaraikan beberapa menteri dengan prestasi paling lemah.

Antara yang tersenarai adalah Menteri Hak Asasi Manusia, Natalius Pigai; Menteri Koperasi, Budi Arie; Menteri Tenaga, Bahlil Lahadalia; Menteri Perhutanan, Raja Juli Antoni; serta Menteri Pembangunan Wilayah Terpinggir, Yandri Susanto.

Malah, Budi Arie, yang merupakan penyokong setia bekas Presiden Joko Widodo, dilaporkan telah mengunjungi kediaman peribadi Jokowi di Surakarta, Jawa Tengah.

Langkah itu mencetuskan spekulasi bahawa beliau mungkin sedang mencari sokongan untuk mengekalkan jawatannya dalam kabinet Prabowo.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan rombakan kabinet, Prabowo menjawab secara ringkas: "Saya sudah katakan dalam bahasa yang jelas".

Prabowo turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang enggan berkhidmat dengan telus dan bersih.

"Sepanjang 100 hari pertama saya telah berulang kali memberi peringatan. Sekarang, siapa yang degil, siapa yang enggan mematuhi tuntutan rakyat untuk kerajaan yang bersih, mereka akan dikenakan tindakan," katanya, disambut sorakan hadirin. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.137274 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list