CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21765|Reply: 0

[Sabah] Warga asing samun, cederakan majikan berjaya ditahan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-2-2025 11:39 AM



TANGKAP: Kedua-dua suspek warga asing terbabit berjaya diberkas.

BELURAN: Dua warga asing yang disyaki menikam dan menyamun majikannya ditahan di kawasan berhampiran Ladang Maxland, Tongod, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Terdahulu, kedua-dua suspek berusia 23 dan 50 tahun itu menjadi buruan polis selepas mencederakan dan merompak termasuk melarikan kereta milik majikannya di Kampung Napagang Entilibon, Tongod, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, 50, yang juga pemilik kebun dan anaknya, 23, parah akibat ditikam menggunakan besi dipercayai tombak buah kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata pihaknya bertindak melakukan operasi mengesan kedua-dua suspek terbabit selepas menerima laporan daripada isteri mangsa.

Katanya, operasi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran bermula 2 Februari lepas di kawasan perkampungan, rumah kongsi ladang.

“Operasi turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Balai Polis Tongod serta Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) IPK Sabah.

“Pasukan serbuan turut menyalurkan beberapa maklumat kepada penduduk sekitar bagi membantu mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, bertindak dengan maklumat yang disalurkan orang awam, suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang awam.

“Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya.

Sehubungan itu, Hasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya kedua-dua suspek.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.267395 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list