CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8457|Reply: 19

Israel Sedia Laluan Air, Darat Dan Udara Bagi Penduduk Gaza Keluar Dari Palestin

[Copy link]
Post time 7-2-2025 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Pertahanan Israel telah mengarahkan tenteranya untuk menyediakan laluan air, darat dan udara bagi penduduk Gaza keluar dari Palestin secara sukarela.


Arahan tersebut dikeluarkan selaras dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menguasai kawasan tersebut dengan memindahkan 2.1 juta penduduk Palestin dengan alasan untuk pembangunan semula Gaza.




CNN




Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, rakyat Gaza seharusnya mempunyai kebebasan bergerak dan berhijrah ke mana-mana negara yang bersedia menerima selepas lebih setahun terlibat dalam peperangan.


“Saya telah mengarahkan tentera untuk menyediakan rancangan agar rakyat Palestin di Gaza boleh keluar dari negara itu secara sukarela.


“Mereka boleh pergi ke mana-mana negara yang bersedia menerima mereka,” katanya.


Bagaimanapun, Pemimpin Palestin dan negara Arab telah menolak rancangan tersebut kerana pemindahan secara paksaan adalah melanggar undang-undang antarabangsa.


Bahkan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah memberi amaran kepentingan mengelakkan sebarang bentuk penghapusan etnik selain menekankan Gaza akan menjadi sebahagian daripada negara Palestin pada masa depan.


Tentera Israel telah melancarkan operasi menghancurkan Hamas sebagai tindak balas kepada serangan rentas sempadan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 7 Oktober 2023.


Menurut Kementerian Kesihatan dikendalikan Hamas dilaporkan, lebih 47,550 orang terbunuh dan 111,600 cedera di Gaza ketika itu.


Sebilangan besar penduduk Gaza juga telah berpindah beberapa kali dan hampir 70 peratus bangunannya dilaporkan musnah dan rosak.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurg ajar betul. Sesuka hati je nak halau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 7-2-2025 09:41 AM
lurve82 replied at 7-2-2025 09:36 AM
Kurg ajar betul. Sesuka hati je nak halau.

They can't even wait for 3 days let alone a week or even the next month to do this.  Bangsat!!

Udah la orang Gaza tu baru je balek kampong.  Pakai kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 7-2-2025 09:40 AM
They can't even wait for 3 days let alone a week or even the next month to do this.  Bangsat!!

Ud ...

Kejam. LA terbakar pun masih xterkesan ye sibuk negara org. Rsnya trump ni dh xnak hbis belanja byk dkt army. Sbb tu nk setel cepat2 dan bwk balik army dia semua. So dia jd kejam mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:10 AM | Show all posts
mcm tu je dia  halau lepas serang habis habisan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyibuk hal negara org. Suka2 nk halau kau sape
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2025 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
bengong..paksaan secara halus
senang2 tu dia nk rampas negara org ya..
rakyat palestin kan mmg sayang negara depa..
bukan depa nk lari keluar pun time perang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:26 AM | Show all posts
tu jiran negara arab kaya raya.. tengok je ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 12:23 PM | Show all posts
Ya Allah kesiannya...
mmg kejam dah lah duk negara orang..sedap2 nak halau penduduk asal keluar..mmg israel and trump ni syaitonnirajim betul perangainya..
LA dah terbakar pun dia x rasa apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 12:40 PM | Show all posts
mcm tu je dia nak buat yer...memang sengaja provok utk kejatuhan zionis 2027 nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 12:43 PM | Show all posts
halau cara terhormat ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:09 PM | Show all posts
Betu juga kata aku, jenayah kemanusiaan masih lagi ada di Palestin biarpun perang sudah habis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalannya skrg diaorg nak buat apa ngan kwsn tu?...
Nmpk macam tempat berbukit je...pembangunan ? Water reservoir ? Macam terdesak sgt2 dah, tasik dah kering btol2 ker....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka hati ye nak halau2 tuan rumah. KO sapa weiii
Halau secara kejam dan kasar gagal
Sekarang cuba secara diplomasi lah konon
Sibuk ke tanah orang
Jahat betol
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 7-2-2025 04:09 PM
Betu juga kata aku, jenayah kemanusiaan masih lagi ada di Palestin biarpun perang sudah habis.

Saja buat genjatan senjata
Sebab nak bagi halau semua keluar sendiri
Aku xfaham ada lagi manusia nak jajah tanah orang secara kejam
Zaman viking beribu tahun dulu yela
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:37 PM | Show all posts
Kuang hajar ekk. Geram jaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 7-2-2025 10:26 AM
tu jiran negara arab kaya raya.. tengok je ke..

Emm jiran tuu.. no komen.. aku mmg tak suke org arab.. jahat
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaza dan Tebing Barat adalah wilayah pendudukan menurut PBB, dan mana-mana percubaan untuk mengusir penduduk asal adalah haram.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 06:50 PM | Show all posts
namemysoul replied at 7-2-2025 04:14 PM
Persoalannya skrg diaorg nak buat apa ngan kwsn tu?...
Nmpk macam tempat berbukit je...pembangunan  ...

kembalinya 21 penempatan yahudi yang dibubarkan tahun 2005

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh tak undi Kak Mala

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047551 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list