CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19509|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia tahan bot nelayan tangkap ikan kurang dua batu nautika

[Copy link]
Post time 7-2-2025 12:26 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Bot nelayan ditahan tangkap ikan kurang dua batu nautika dari pantai.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan pada pukul 2.15 petang Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP Pluto Timur dan OP Tiris berjaya mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat

berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas.

“Pemeriksaan selanjutnya terhadap bot terbabit mendapati seorang juragan bersama dua orang awak-awak lelaki, kesemuanya pemegang passport warga Indonesia berumur di antara 30 hingga 45 tahun mengendalikan bot terbabit.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati bot melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak yang tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, juragan, awak-awak, bot serta muatan hasil laut ditahan lalu diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985z.

Tambahnya, kesemua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM76 ribu.

Shahrizan dalam pada itu menjelaskan, pihaknya menerima keluhan dari nelayan pantai yang terjejas dengan kehadiran bot pukat tunda yang melanggar syarat sah
lesen dengan menarik pukat berhampiran daratan.

“Aktiviti menarik pukat ini boleh merosakkan ekosistem laut, merosakkan peralatan menangkap ikan nelayan kecil dan aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

“Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat
Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.032642 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list