CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19626|Reply: 0

[Sabah] 55 Rumah Diroboh Dalam Operasi Koloni Setinggan Di Kota Kinabalu

[Copy link]
Post time 7-2-2025 12:33 PM | Show all posts |Read mode


Foto : PDRM IPD Kota Kinabalu
KOTA KINABALU : Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di sini hari ini bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi kenyataan memaklumkan operasi itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Turut terlibat dalam operasi pertama pada tahun ini adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Jabatan Ketua Menteri (JKM).

“Rumah-rumah ini didapati dibina secara haram dan tidak memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

“Perobohan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan penempatan haram, tetapi juga memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan operasi ini akan diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha membanteras jenayah, pendatang tanpa izin (PTI), dadah dan gejala sosial di daerah berkenaan.

“Pihak Polis Diraja Malaysia IPD Kota Kinabalu komited untuk memastikan daerah ini bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti yang tidak sah,” katanya. – BERNAMA



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036809 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list