CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27406|Reply: 0

[Johor] Kes pukul Jahidah: Mahkamah tetap 25 Februari untuk keputusan permohonan Rosmaini tangguh hukuman penjara

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode

ROSMAINI dibawa ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding permohonan penggantungan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin@Sylvester, sehingga koma. FOTO Farid Noh

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 25 Februari untuk keputusan permohonan peniaga, Rosmaini Abd Raof, bagi penggantungan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin@Sylvester, sehingga koma.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said dan Siti Fatimah Yahya dan peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin, yang mewakili Rosmaini sebagai pemohon.

Rosmaini, 42, memohon untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Kamal Hisham berhujah wujudnya keadaan istimewa atau khas supaya perintah penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu diberikan terhadap pemohon.

"Keadaan istimewa itu adalah kesalahan pertama pemohon selain terdapat persoalan undang-undang rumit iaitu percanggahan antara akuan bersumpah dan laporan polis oleh saksi pendakwaan yang perlu diputuskan mahkamah.

"Isu undang-undang ketiga adalah ketika perbicaraan kes ini di Mahkamah Sesyen tidak ada seorang pun saksi mata yang melihat bagaimana mangsa kes ini mendapat kecederaan parah, dikemukakan," katanya.

Sementara itu, Juanita berkata, keadaan yang dihujahkan peguam pemohon bukannya keadaan istimewa atau khas sebaliknya keadaan biasa yang sudah diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini.

"Mangsa dalam kes ini melahirkan bayinya dalam keadaan koma dan sehingga kini masih terlantar akibat kecederaan parah yang dialami.

"Kes ini menggoncang ketenteraman masyarakat dan ia masih diikuti orang ramai sehingga kini.

"Jika mahkamah menimbangkan ia kesalahan pertama pemohon tanpa melihat keseriusan kes ini, dibimbangi ia akan menyebabkan kemarahan masyarakat sekali gus merendahkan keyakinan mereka terhadap sistem kehakiman kita," katanya.

Pada 9 Disember lalu, Rosmaini dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah, 47, sehingga koma, empat tahun lalu.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan di akhir pembelaan kes berkenaan terhadap Rosmaini, selepas perbicaraan berlangsung selama tiga tahun dengan 11 saksi pendakwaan dipanggil.

Hakim dilaporkan berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin kira-kira jam 6 pagi, 4 Mei 2021.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Kes Jahidah itu menggemparkan negara berikutan wanita berkenaan dilaporkan hamil ketika dipukul sehingga parah dan koma.

Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan itu kemudian dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, di Seremban, Negeri Sembilan, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.

Pada 15 Mac tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Seremban dilaporkan membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Februari 2023.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.225165 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list