CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27576|Reply: 0

[Johor] Perawat perubatan Islam tak mengaku pukul isteri

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Perawat sebuah pusat perubatan Islam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya pada minggu lalu.

Tertuduh, Fahmi Akmal Ahmad, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 36 tahun di sebuah rumah di Jalan Kenari 4, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, pada jam 10 pagi, 2 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh kemudiannya memohon jumlah jaminan yang rendah dengan alasan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dan menetapkan 7 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat isteri lelaki berkenaan pada hari kejadian sebelum polis membuat tangkapan pada hari yang sama di rumah mereka.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan menyepak isterinya yang juga seorang guru itu di badan dan kaki serta menumbuk di kepala.

"Suami itu juga mengambil pisau dan mengacu pada isterinya sambil mengugut mahu menikam isterinya.

"Kejadian itu dipercayai berpunca kerana suaminya marah terhadap isterinya yang enggan memberikan wang untuk membeli barangan," katanya.

sumber: hmetro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.032871 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list