![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250207/btu-ub070225-ai-bantuan-p1.jpg)
Prof Dr Shahrul menyerahkan sumbangan kepada pelajar UPMKB yang terjejas akibat banjir.
BINTULU: Seramai 200 pelajar dari lima blok kediaman pelajar Kolej Sri Rajang serta beberapa buah rumah kakitangan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) yang dilanda banjir besar pada 28 dan 29 Januari serta 5 Februari lalu menerima bantuan wang tunai dan makanan kering semalam.
Sumbangan wang tunai keseluruhan RM4,000 itu merupakan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak yang disalurkan kepada Kelab PEMADAM Mahasiswa UPMKB di bawah Program PEMADAM Prihatin.
Penyampaian sumbangan itu telah disempurna Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sharbini kepada semua pelajar yang terjejas akibat banjir tersebut.
Setiausaha Eksekutif PEMADAM Negeri Sarawak, Munawwar Ismail berkata, banyak kemusnahan harta benda berlaku sepanjang masa musibah banjir tersebut berlaku di Bintulu.
Penyerahan sumbangan pihak UPMKB kepada pelajar UPMKB kepada pelajar UPMKB yang terjejas akibat banjir.
"Maka dengan sumbangan ini diharap dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan pelajar sama ada dari segi kewangan dan mental," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Katanya, keadaan ini memandangkan musibah yang berlaku semasa pelajar dalam persiapan dan sedang menghadapi ujian.
Berdasarkan rakaman gambar pihak UPMKB, banjir yang melanda itu telah menenggelamkan bahagian tingkat bawah blok kediaman pelajar terbabit dalam tempoh masa bencana itu berlaku pada 28 dan 29 Januari serta 5 Februari lepas.
Tingkat bawah blok kediaman pelajar UPMKB ditenggelami air semasa kejadian banjir besar melanda Bintulu.
|