CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9253|Reply: 0

Iman Aliff tumbangkan wakil Rusia dalam masa 70 saat

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:47 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Atlet muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib (gambar) hanya memerlukan 70 saat untuk menewaskan wakil Rusia Shamil Adukhov, pada aksi One Fight Night berlangsung di Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Ahmad Nor Iman Alif, 21, bertindak unggul mengenepikan cabaran lawannya itu seawal pusingan pertama dalam kategori catchweight, dengan keputusan knockout (KO) sekali gus melebarkan rekod kemenangan 7-2 dalam sembilan perlawanan, sejak bersaing di bawah ONE Championship.

Terdahulu pada perlawanan berlangsung di Stadium Lumpinee, kemenangan Ahmad Nor Iman Aliff terlakar selepas berjaya menahan asakan daripada Adukhov sebelum pantas melepaskan dua tumbukan ke bahagian kepala lawannya.

Dua tumbukan tersebut sudah cukup menidakkan kebangkitan Adukhov yang tidak dapat meneruskan perlawanan sekali gus memberikan kemenangan buat petarung negara.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034784 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list