CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8487|Reply: 0

Brazil larang guna telefon bimbit di sekolah

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:59 PM | Show all posts |Read mode


Rio De Janeiro: Pelajar sekolah di Brazil tidak lagi dibenarkan menggunakan telefon pintar mereka di dalam kelas kecuali dengan izin guru, menurut undang-undang baharu yang diluluskan minggu ini.

Brazil antara negara yang kadar penggunaan telefon tertinggi di dunia yang mana peranti itu melebihi jumlah penduduk iaitu 258 juta peranti untuk populasi 203 juta orang.

Portal Euro News melaporkan, undang-undang baharu itu berkuat kuasa minggu ini di Brazil yang akan mengehadkan akses pelajar kepada telefon pintar di sekolah.

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva menandatangani rang undang-undang baharu itu pada Januari lalu yang mengehadkan akses telefon pintar di sekolah, sejajar dengan trend yang dilihat di Amerika Syarikat dan Eropah.

Telefon pintar dihadkan penggunaannya di dalam kelas dan koridor kelas, tetapi masih boleh digunakan untuk tujuan pendidikan dengan izin guru, atau untuk pelajar yang memerlukan telefon untuk aksesibiliti dan kesihatan.

Sekolah boleh menetapkan garis panduan mereka sendiri, seperti sama ada pelajar boleh menyimpan telefon dalam beg galas atau menyimpannya di dalam loker atau bakul yang ditetapkan.

Kebanyakan daripada 26 negeri di Brazil dan kira-kira dua pertiga daripada semua sekolah di negara ini sudah melaksanakan beberapa sekatan ke atas penggunaan telefon, menurut kajian yang dijalankan tahun lalu oleh Jawatankuasa Pengarah Internet Brazil.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk menguatkuasakan peraturan itu disebabkan perbezaan peraturan antara negeri dan sekolah.

Kementerian Pendidikan Brazil berkata dalam satu kenyataan, sekatan itu bertujuan untuk melindungi kesihatan mental dan fizikal pelajar sambil mempromosikan penggunaan teknologi yang lebih rasional.

Pada Mei, Fundacao Getulio Vargas, sebuah badan pemikir dan universiti terkemuka berkata, Brazil mempunyai lebih banyak telefon pintar daripada jumlah penduduk, dengan 258 juta peranti untuk populasi 203 juta orang Brazil.

Penyelidik pasaran tempatan berkata, tahun lalu rakyat Brazil menghabiskan sembilan jam dan 13 minit sehari di skrin, yang juga antara salah satu kadar penggunaan tertinggi di dunia.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.169885 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list