CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15683|Reply: 0

[Johor] 76 keluarga mangsa ribut terima BWI RM1,000

[Copy link]
Post time 9-2-2025 07:49 AM | Show all posts |Read mode

FOTO Ihsan Facebook Dr Zaliha Mustafa

Segamat: Sebanyak 76 keluarga di Parlimen Sekijang yang terjejas akibat ribut November lalu menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) melibatkan peruntukan berjumlah RM76,000, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata setiap keluarga menerima RM1,000 sebagai sokongan kewangan bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata Kerajaan MADANI bukan sahaja komited mempercepat bantuan kepada mangsa bencana, tetapi turut memperkukuh sistem amaran awal, usaha mitigasi serta kesiapsiagaan dalam menghadapi fenomena cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku.

"Saya turun padang sejurus kejadian ribut bagi menilai sendiri keadaan mangsa serta mendengar keluhan mereka.

"Saya juga segera berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri yang bertanggungjawab kepada Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), bagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin," katanya pada majlis penyerahan BWI di Dewan Komuniti, Pejabat Daerah Segamat.

Dr Zaliha turut memaklumkan bahawa garis panduan BWI oleh NADMA telah dikemas kini bagi meluaskan skop penerima bantuan, hasil perbincangan bersama Ahmad Zahid pada November lepas.

"Sebelum ini, bantuan berkenaan hanya diberikan kepada mangsa banjir, tetapi kini turut merangkumi mangsa bencana ribut dan banjir kilat. Ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan.

"Kita juga berharap agar inisiatif ini dapat mengurangkan beban penerima serta memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka," katanya.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat supaya lebih berwaspada dan peka terhadap amaran cuaca memandangkan kejadian ribut dan bencana alam semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim.

"Pada masa sama, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuhkan sistem pengurusan bencana bagi memastikan setiap mangsa mendapat bantuan dengan pantas dan adil," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.434102 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list