View: 21483|Reply: 2
|
[Dunia]
Rebah depan pengantin, ketua kampung maut lepas baca doa majlis akad nikah
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga emas yang juga merupakan ketua kampung meninggal dunia secara mengejut selepas mengetuai bacaan doa di sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi video berdurasi 59 saat yang tular di media sosial, lelaki yang dikenali sebagai Sarnubi, 78, dilihat menunduk sejurus selepas membacakan doa selepas majlis akad nikah.
Kadi dan tetamu pada mulanya menyangka Sarnubi sedang ketawa selepas meminta pengantin perempuan untuk keluar dari bilik sejurus selesai membacakan doa.
Namun beberapa saat kemudian, mereka menyedari keadaan yang aneh selepas Sarnubi tidak bertindak balas apabila disentuh.
"Kami sangkakan dia ketawa kerana menunggu pengantin perempuan keluar dari bilik untuk berjumpa pengantin lelaki.
"Ternyata apabila kami sentuh, dia tidak bertindak balas. Apabila dibangunkan, bibirnya sudah membiru," kata saksi kejadian yang dikenali sebagai Mukhani.
Kejadian dilaporkan berlaku di Tanjung Lago, Banyuasin, Sumatera Selatan pada petang Jumaat.
Penduduk segera membawa lelaki tersebut ke fasiliti kesihatan terdekat namun dia disahkan meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.
Jenazah Sarnubi dibawa pulang ke rumah dan dikebumikan pada pagi Sabtu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Mudahnya dia meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
| |
|