View: 36236|Reply: 11
|
[Tempatan]
Malaysia antara 5 negara dengan pencemaran plastik tertinggi dunia
[Copy link]
|
|
PELABUHAN KLANG: Kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah tersebut adalah antara usaha kerajaan dalam menangani pencemaran sisa plastik dan menguruskannya dengan lebih lestari.
Isu pencemaran plastik sebelum ini banyak bergantung kepada inisiatif di peringkat kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan satu dasar yang menyeluruh.
"Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik.
"Sekarang kita banyak bergantung kepada undang-undang atau peraturan di peringkat PBT. Itu sahaja tidak cukup. Kita perlu ada perundangan bersifat nasional (menyeluruh)," katanya selepas merasmikan Kapal Pengumpulan Sisa 'Mobula 8' anjuran Marine Research Foundation (MRF) di Pulau Indah, hari ini.
Nik Nazmi berkata masalah pencemaran plastik adalah serius yang mana Malaysia menjadi antara lima negara dengan pencemaran plastik tertinggi di dunia yang mana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan dan banjir kilat.
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata isu pencemaran plastik akan turut dibincangkan sempena Kepengerusian ASEAN 2025.
"Sejak China mengetatkan peraturan (menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik pada Januari 2018), Malaysia, Indonesia dan Filipina pula berdepan dengan masalah (kemasukan sisa plastik luar) ini.
"Jadi, kita akan bincang di peringkat ASEAN juga kerana masalah (pencemaran sisa plastik) bukan hanya masalah Malaysia sahaja," katanya.
Terdahulu, beliau mengalu-alukan sumbangan kapal pengumpul sisa plastik, Mobula 8 oleh The SeaCleaners iaitu badan bukan kerajaan (NGO) dari Switzerland kepada MRF sebagai inisiatif mengurangkan impak terhadap pencemaran plastik.
Nik Nazmi berkata, Mobula 8 akan ditempatkan di Kota Kinabalu, Sabah dan beliau berharap lebih banyak syarikat korporat atau NGO menghulurkan sumbangan membantu inisiatif penyelesaian pencemaran sisa plastik.
Sumber – Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rakyat kita pengotor, buang sampah merata-rata...kerajaan perlu tegas mcm singapura |
|
|
|
|
|
|
|
Abis tu negara2 EU, US yg dump kat negara ASEAN cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
Cepatlah buat wajibkan recycle sampah setiap rakyat.
Kat opis aku pun msg² x nak bg kerjasama, dh ada tong recycle pun buang sampah ttp la campur sume sisa mknn dgn sampah boleh recycle.. lagi nk harap rakyat marhaen, smpai ajm la |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklaaa..pastu tu yg speedmart dan stesen2 myk dh mengikut xsediakan plastik lgsg..kalau xde plastik bg la paperbag..recycle bag mmg ada..tp ade brg kdg2 x muat..nak2 kalau beli byk2 |
|
|
|
|
|
|
|
sama la tempat iols..
kawan sebelah pun perangai sama. bila tegur. "Sapa nak check orang buang sampah?"
apa guna hidup mengejar T20, tapi mentaliti mengalahkan minda dunia kelas ke-tiga.. ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 10-2-2025 02:38 PM
Abis tu negara2 EU, US yg dump kat negara ASEAN cemana?
Diorg dump sampah sini yang dah bio-treated.. dah takde compost.. purely paper, plastics & aluminum etc.. sini ada 40 kilang mechanical recyle |
|
|
|
|
|
|
|
buat semula la mcm tahun 70an dulu bungkus guna kertas
pastu air ikat tepi tukar letak dlm tin susu mcm dulu2 ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak produk pengguna sekarang dibungkus plastik. Dan bukan semua plastik boleh direcycle. Plastik ada gred dia. Contohnya plastic shopping bag dan polisterin tak boleh recycle. Botol air minuman boleh recycle. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia byk kilang produce plastic bag |
|
|
|
|
|
|
|
Iols lalu satu tempat pengumpulan sisa plastik..mailk aii sepjg jalan tu berterabur beg2 plastik tepi2 jalan sakit mata...jadi tercemar sekitar area situ.
Satu lg malaysia ni terlalu byk gerai2 minuman berais(maybe sbb negara panas) so guna cup plastik..pembeli lak lps minum buang merata2. Sakit mata tengok sisa2 plastik atas rumput tepi jalan...geramnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
fakta tu dah termasuk sampah negara2 luar yg dihantar kat malaysia ke? berkontena sampah masuk malaysia tiap tahun. ingat malaysia ni tempat pembuangan sampah ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|