CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30310|Reply: 0

[Dunia] Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA Singapura

[Copy link]
Post time 10-2-2025 08:53 PM | Show all posts |Read mode



Singapura: Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, agensi itu memaklumkan bahawa Saharuddin Saari, yang bekerja sebagai tukang cuci di Singapura telah dibatalkan pas kerjanya dan dihantar pulang ke Malaysia selepas siasatan terhadapnya selesai.

Beliau telah diserahkan kepada Cawangan Khas Malaysia (MSB) pada November 2024.

ISD menyatakan bahawa Saharuddin berhasrat untuk pergi ke zon konflik di luar negara seperti Syria dan Gaza bagi terlibat dalam keganasan bersenjata.

Agensi di bawah Kementerian Ehwal Dalam Negeri itu menyatakan bahawa Saharuddin tidak mempunyai rancangan serangan khusus terhadap Singapura, dan beliau juga tidak mempengaruhi sesiapa di negara itu dengan fahaman radikal.

Bagaimanapun, beliau sanggup melakukan keganasan di Singapura sekiranya menganggap negara itu berpihak kepada musuh Islam.

ISD berkata pihaknya telah bekerjasama rapat dengan Cawangan Khas Malaysia dalam siasatan berkenaan.

Agensi itu turut menyatakan bahawa perjalanan Saharuddin ke arah fahaman radikal bermula pada 2014 apabila beliau menemui bahan dalam talian mengenai konflik di Syria dan kumpulan yang terlibat.

Pada sekitar 2015–2016, seorang kenalan dalam talian yang memperkenalkan diri sebagai pejuang menasihati Saharuddin supaya menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Turkiye dan menawarkan untuk membawanya melalui jalan darat dari Turkiye ke Syria.

"Saharuddin tidak meneruskan rancangan perjalanannya, terutamanya kerana kekurangan dana yang mencukupi," menurut ISD.

Sumber –  Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.094555 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list