CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7163|Reply: 0

[Johor] Dalam gelap lempar barang buangan

[Copy link]
Post time 12-2-2025 07:51 AM | Show all posts |Read mode



MASIH ada penduduk yang membuang sampah dekat Jalan PersiaranBumi Hijau walaupun CCTV sudah dipasang.

Johor Bahru: Walaupun sudah berulang kali dibersihkan pihak berkuasa, namun tapak pembuangan sampah haram di Jalan Persiaran Bumi Hijau menghala ke Jalan Tebrau berdekatan kawasan setinggan di sini, tetap menjadi port segelintir masyarakat untuk membuang sampah.

Tinjauan Harian Metro mendapati, tapak sampah itu juga sudah ditutup, serta dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan orang membuang sampah di kawasan itu.

Namun, tapak sampah haram terbabit seakan 'terus wujud' apabila segelintir orang awam masih degil dengan menjadikan tempat pembuangan sampah.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Melayu Pandan, Mohd Fauzi Mohamad berkata, pihaknya sudah menasihati semua penduduk termasuk separuhnya warga asing agar tidak terus membuang sampah di kawasan itu, tetapi ada sebahagian kecil penduduk masih berdegil.

Katanya, ada juga orang luar yang dilihat membawa sampah menaiki motosikal dan kereta untuk dibuang di sini.

"Memang tapak sampah di tepi Jalan Bumi Hijau itu sudah ditutup, namun saya perhatikan masih ada penduduk yang membuang sampah di situ walaupun ada CCTV.

"Ada juga orang luar yang ambil kesempatan membuang sampah terutama pada waktu malam, keluar naik motosikal sampai di sini, terus campak saja sampah mereka.

"Penguat kuasa sudah pasang papan larangan pun masih tak faham. Kalau tidak silap saya lima tahun lalu, jalan raya di tepi bahu jalan pernah rosak teruk kerana jengkaut mengambil sampah akibat terlalu banyak sampah sehingga berhampiran jalan," katanya ketika ditemui di Kampung Melayu Pandan di sini.

Bagaimanapun, Mohd Fauzi berkata, kapasiti sampah di tapak haram itu semakin sedikit, apabila lebih ramai penduduk mula sedar dan membuang sampah di tong sampah besar yang disediakan di Jalan Imam.

Namun katanya, sebuah tong sampah besar yang diletakkan di kawasan itu tidak mampu menampung sampah keseluruhan penduduk.

"Tong sampah besar cepat penuh. Baru sahaja diangkat dua jam sampah sudah membukit. Ada orang luar termasuk peniaga pasar malam turut membuang sampah di tong sampah sama.

"Kalau boleh saya mohon kepada pihak berkuasa untuk meletakkan tiga tong sampah besar untuk menampung kapasiti lebih 2,000 sampah penduduk.

"Tidak sampai 20 meter dari tong sampah diletakkan ada satu kawasan lapang dan bercadang meminta tiga tong sampah besar diletakkan di kawasan itu, tetapi kawasan itu memerlukan pembersihan dan disimen bagi mengelak sampah dibakar," katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Abdul Hafiz Sazali, 52 berkata, bekas kawasan sampah yang dibersihkan ditimbun dengan tanah dan dijadikan kawasan letak kereta.

Katanya, ada juga penduduk menjadikan tapak menjaja bagi mengelakkan orang luar terus menjadikan kampung ini sebagai tong sampah.

"Sampah tepi jalan sudah kurang, hampir semua penduduk sudah membuang ke tempat sampah baru.

"Tapi masih ada orang luar yang bawa sampah menaiki kereta, motosikal dan lori singgah dan campak sampah mereka di tepi jalan ini.

"Jangan buang sampah di sini, kami pun mahukan persekitaran yang bersih," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.408164 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list