View: 8102|Reply: 10
|
Akhirnya identiti sebenar 'Datuk Paiman Shakimon' terdedah
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, memutuskan lelaki yang didakwa 'Datuk Paiman Shakimon' yang menghilangkan diri selama sembilan tahun dan dihukum penjara 13 tahun disahkan bukan ahli perniagaan itu, sebaliknya warga Indonesia dikenal-pasti sebagai Aldrin Pratama Widjaja.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan keputusan itu selepas mendapati pendakwaan selaku pemohon gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bahawa Aldrin Pratama Widjaja selaku responden adalah Paiman Shakimon dalam prosiding inkuiri bagi mengenal pasti identiti Paiman.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, identiti itu dikenal-pasti berdasarkan ketulenan pasport Aldrin yang disahkan Kedutaan Besar Republik Indonesia adalah ahli perniagaan warga Indonesia itu.
"Responden dikategorikan sebagai Aldrin dan dokumen peribadi seperti kad pengenalan penduduk Republik Indonesia (Kartu Tanda Penduduk), lesen memandu (Dengan Izin Mengemudi) dan kad kebenaran pemegang senjata api (syarat izin kegunaan senjata api) adalah atas nama Aldrin," katanya.
Selain itu, Muhammad Jamil berkata, spesimen cap ibu jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyatakan ia hampir sepadan atas nama Paiman Bin Shakimon.
"ada pandangan saya, hasil proses carian sepatutnya dinyatakan sepadan atau tidak sepadan, hampir sepadan menunjukkan hasil proses carian itu tidak konklusif, yang mana terdapat keraguan cap ibu jari itu milik Paiman bin Shakimon," katanya.
Menurutnya, laporan pengesahan semakan AFIS (Semakan Pengenalan Cap Jari Automatik) JPN terhadap nombor kad pengenalan mendapati, terdapat percanggahan mengenai butiran tarikh lahir, yang mana tarikh lahir pada kad pengenalan Aldrin menyatakan 1 Jun 1960 manakala Paiman 23 Mac 1959.
"endakwaan tidak pernah menjelaskan mengenai percanggahan ini, jika pendakwaan menyatakan Aldrin dan Paiman merujuk kepada orang yang sama iaitu Paiman, mengapa dia mempunyai tarikh lahir berbeza," katanya.
Prosiding inkuiri berlangsung enam hari bermula 18 September tahun lalu dengan pihak pendakwaan memanggil 13 saksi.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul manakala peguam, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Aldrin.
Pada 2 Disember 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Paiman yang menghilangkan diri selama sembilan tahun menjalani hukuman penjara 13 tahun bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Paiman sebelum ini merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen terhadapnya pada 2011 selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan menipu serta memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta.
Bagaimanapun, ketika rayuannya ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi, lelaki itu menghilangkan diri dan pada 20 Julai 2012, mahkamah mengeluarkan waran tangkap manakala waran pemenjaraan terhadapnya dikeluarkan pada 11 Oktober tahun sama kerana gagal hadir pada prosiding rayuan.
Paiman, 66, berjaya diberkas polis selepas didapati masuk ke Malaysia menggunakan pasport Indonesia dengan nama Aldrin Pratama Widjaja dan hasil semakan menggunakan sistem biometrik cap jarinya di JPN menunjukkan, dia adalah Paiman Shakimon.
Bagaimanapun, Aldrin sehingga kini menafikan dia adalah Paiman dan pada 2023, lelaki itu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap waran tangkap serta waran pemenjaraan yang dikeluarkan terhadapnya.
Mahkamah Rayuan memerintahkan Mahkamah Tinggi menjalankan prosiding inkuiri bagi mengenal pasti identiti lelaki itu.
Paiman dihukum penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 April 2011 selepas didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua 'Datuk' lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.
Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
what a weird case..
double agent? |
|
|
|
|
|
|
|
this is the reality when u bring a case to the court.
even logik akal kau mengatakan begitu, tetapi bukti di mahkamah tiada,
hakim kena buat keputusan berdasarkan bukti2 yg ada pada dia.
tp deep down, meols percaya paiman adalah org yg sama. dia menang kat documentary evidence je. u have money u can do everything. nak nak dgn negara konoha.
harapnya pendakwaan appeal. mintak kerajaan konoha bukti heols dari baby. then u can decide semula. |
|
|
|
|
|
|
|
gitu je leluhur konoha ayam2kan orang hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
paimon rakyat malaysia (kan?)
ada IC ada cap jari
aldrin rakyat indon
ada jari yg boleh diperiksa capnya
macam mudah nak membuktikan yg paimon adalah aldrin (dan sebaliknya)
|
|
|
|
|
|
|
|
iols x mengikuti kisah ni cumanya nak komen dah elok2 ko meloloskan diri (kalau betul org yg sama) dari kene jail kat msia neh kegigihan apa masuk balik?? dok je la dendiam kat mana2 ko berada sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
duit malaysia wangi chuols. sekali scam 7 keturunan konoha makan tak habes, biasa duit haram ni cpt susut..agaknay dah susut le tu yg masuk lg carik projek baru
|
|
|
|
|
|
|
| |
|