CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21136|Reply: 4

[Tempatan] RM3.1 juta nilai kelapa cuba diseludup keluar dirampas PGA sejak Jun lalu

[Copy link]
Post time 12-2-2025 08:58 PM | Show all posts |Read mode



Kota Bharu: Sebanyak RM3.1 juta nilai kelapa dipercayai cuba diseludup keluar ke Thailand berjaya dirampas pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) sejak Jun tahun lalu sehingga kini.

Difahamkan, harga yang ditawarkan di Thailand lebih mahal sehingga mencecah lebih RM4 sebiji kini mendorong ramai yang cuba menyeludup bekalan berkenaan ke negara jiran.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata bekalan terbabit dipercayai diperoleh dari Indonesia ke Batu Pahat, Johor sebelum dibawa ke Kelantan untuk diseludup keluar ke Thailand.

"Pada masa sama terdapat juga bekalan kelapa itu dari Kelantan yang mahu membawa ke Thailand demi keuntungan yang lebih banyak.

"Sepanjang Jun tahun lalu sehingga kini, nilai rampasan keseluruhan kelapa dan kenderaan sebanyak RM9.5 meliputi lapan kes.

"Malah, kita turut menahan 20 individu yang kebanyakannya adalah pelandu lori dan treler berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Nik Ros Azhan berkata, modus operandi yang digunakan mereka adalah membawa bekalan berkenaan ke kawasan sempadan dan kebanyakannya di Tumpat.

"Bekalan kelapa ini dipercayai akan dihantar ke stor dan pangkalan haram sekitar Tumpat sebelum dibawa menggunakan bot ke Thailand secara berperingkat. Modus operandi ini kita kesan menerusi rampasan terbaru pada minggu lalu.

"Stor di Tumpat itu dibina atas tanah persendirian dengan binaan pagar yang tinggi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Semasa membawa bekalan kelapa itu, biasanya transporter akan membawa invois belian.

"Sepatutnya perlu disertakan lesen atau permit membeli yang dikeluarkan FAMA," katanya rampasan berkenaan disiasat mengikut Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA)," katanya.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan bekalan kelapa di Kelantan dan beberapa negeri lain tidak mencukupi disebabkan ada di kalangan pihak tertentu cuba menyeludup keluar demi mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

Pada masa sama katanya, PGA akan terus perketat kawalan bagi mengekang kegiatan penyeludupan.

Terdahulu media melaporkan, harga santan di Kelantan dijangka terus meningkat kepada RM20 sekilogram menjelang Ramadan ini berbanding berikutan bekalan kelapa masih berkurangan.

Situasi itu berlaku sejak awal Disember lalu yang menyebabkan harga santan pada asalnya sekitar RM9 hingga RM10 sebelum ini kini meningkat kepada RM17 hingga RM18.

Tinjauan di sekitar pasar di sini juga mendapati rata-rata peniaga santan serta kelapa meluahkan kebimbangan berhubung bekalan kelapa yang berkurangan sehingga menyaksikan harga naik mendadak.

Sumber : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan mmg suka amek hak org lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ni la harga santan naik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:55 AM | Show all posts
lepastu dan2 harga santan naik, kelapa yg ada p seludup keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
knapa indon tk seludup terus ke thai?
malaysia ni mmg lobos..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037694 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list