View: 17845|Reply: 7
|
[Tempatan]
"Terbayang Makan Bebola Daging Manusia" - Pakcik Terkejut Terima Pesanan Makanan Western Dari Bilik Mayat!
[Copy link]
|
|
![](https://boyaca7dias.com.co/wp-content/uploads/2024/07/morgue-en-duitama.jpg)
Baru-baru ini tular di media sosial seorang peniaga makanan western terkejut akibat pesanan makanan yang dibuat oleh pekerjanya terlalu terang dan jelas.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook Qulai Pizza Kayu Api, peniaga terbabit terkejut kerana pesanan itu daripada pelanggan yang berada di lokasi bilik mayat sebuah hospital di Kulai, Johor.
“Staf pak cik buat hal. Antara kemahiran yang selalu pak cik terapkan pada staf pak cik adalah komunikasi dan merekod order (pesanan) dengan terang dan jelas. Tapi janganlah jelas sangat macam ini,” tulisnya.
Rupanya staf hospital bertugas di bilik mayat yang pesan makanan
Menurutnya, ternyata pesanan makanan itu adalah daripada staf-staf hospital terbabit yang dipercayai bertugas di bilik mayat.
“Terkejut pak cik. Ingatkan mayat yang order (pesan). Taiplah ‘staf bilik mayat Hospital Kulai’ untuk delivery (dihantar),” tulisnya lagi.
Dalam satu hantaran baru, peniaga terbabit turut berkongsi ulasan yang diberikan oleh salah seorang staf hospital berkenaan yang memuji makanan yang dipesan itu sedap.
Netizen terhibur siap berseloroh
Sementara itu, memindai ke ruangan komen pula, kebanyakan pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat hantaran itu.
Malah, kebanyakan mereka terhibur dengan pesanan makanan yang tertera bilik mayat terbabit.
Rata-rata pengguna Facebook berseloroh dengan menyatakan bahawa mayat juga masih berselera untuk makan meskipun sudah meninggal dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak grab situ dah biasa...kalo bilik mayat kat hospital je...kalo department lain kadang2 salah anto...yg oder farmasi hospital p ke farmasi Kk..sebab sebelah je KK gan Hospital...lps tu kita yg tgh ambik ubat ni pun kelako je dengar dia org tersalah anto...kesian pun ade sbb dia org kejar masa kan..Ade estimate time... |
|
|
|
|
|
|
|
ler smp ke situ imagination dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
agaklah xkan mayat pulak yg nk makan![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|