CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13225|Reply: 12

[Tempatan] Ibu dan empat anak perempuan rentung, rumah terbakar di Melaka

[Copy link]
Post time 13-2-2025 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Merlimau, Melaka mengorbankan lima individu pada awal pagi Khamis.

Mangsa yang terkorban adalah empat kanak-kanak perempuan serta seorang wanita, dipercayai ibu mereka.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Sufian Abu Bakar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.40 pagi.



"Sebaik tiba, didapati rumah jenis separuh kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi sudah terbakar 80 peratus.

"Empat kanak-kanak perempuan dan seorang wanita ditemukan rentung, manakala seorang lelaki didapati masih bernafas,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, penduduk setempat turut berkongsi rakaman kejadian berkenaan menerusi media sosial.

"Tragedi tengah malam Nisfu Syaaban di Jalan Bakti, Kampung Berangan Enam, kehilangan jiwa. Seorang isteri dan empat anak-anak.

"Allahuakhbar, al-Fatihah. Turut hadir di tempat kejadian, Datuk Zaidi Atan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam," tulis pemilik Facebook Darus Jantan.

Zaidi yang melawat lokasi kejadian kemudiannya turut berkongsi video kebakaran itu menerusi TikTok.

"Allah, permudahkan mereka, (Kampung) Berangan Enam menangis lagi. Subuh, 13 Februari 2025," tulisnya pada kapsyen video.

Rata-rata pelayar media sosial turut menzahirkan rasa sedih atas kematian tragis lima beranak itu.

"Allahuakhbar. Agaknya tengah tidur tak sm[at nak selamatkan diri.

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," tulis netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah…
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun
Harap si ayah bertabah dgn dugaan yg diterima
Dah le nak puasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 06:41 PM | Show all posts
Mmg berat dugaan dia..hilang 5 orang terus..takziah semoga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.
Sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 13-2-2025 08:22 PM

'Saya dengar suara isteri tapi kaki ini bersimen, maafkan saya mak'

JASIN - Lelaki yang kehilangan isteri dan empat anaknya akibat terperangkap dalam kebakaran rumah di Berangan Enam, Umbai di sini, pada awal pagi Khamis, masih terngiang-ngiang jeritan isterinya yang meminta tolong.

Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, berkata demikian kepada ibu mentuanya, Ruziha Osman, 60, ketika dia menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jasin.




Dalam pertemuan itu, Muhammad Khairuddin dilihat gagal mengawal emosi dan beberapa kali meminta maaf kepada ibu mentuanya itu yang duduk di atas kerusi roda.

"Saya dengar suara isteri panggil nama anak-anak, panggil Damia tapi keadaan kaki ini (bersimen) saya minta maaf mak," katanya.

Tambahnya, dalam keadaan panik itu dia terdengar suara isterinya yang sedang mengandung lima bulan memanggil nama anak sebelum jeritan itu hilang.

Ujarnya, dia yang ketika itu dapat menyelamatkan diri kemudian cuba masuk semula untuk menyelamatkan isteri dan empat anak namun dihalang penduduk kampung disebabkan api begitu marak dan asap tebal.
Katanya, ketika kebakaran itu baru berlaku, dia berusaha memadamkan api dengan menggunakan getah paip air namun tidak berjaya lebih-lebih lagi tekanan air di rumah sangat perlahan.
"Sehingga saat ini masih terbayang-bayang keadaan isteri dan anak-anak yang berusaha keluar untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya," katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang ibu bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Mangsa maut dikenali sebagai, Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13; Izz Daffa Hafizuddin,7; Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, manakala suami kepada Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat.

Insiden yang meruntun hati itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang berkesempatan menziarahi Muhammad Khairuddin di Hospital Jasin.

Malah kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan awal RM2,000 bagi meringankan beban keluarga mangsa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2025 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya berita ini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

Ya Allah.. kehilangan seorang pun dah berat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga si ayah kuat...tatau camne dia nk harung hari2 mendatang., hanya Allah mampu meredakan kesedihan dia..no words can comfort him for now for sure. Dugaan sgt dasat utk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tengok laki tu nangis kat hospital.. hilang sekelip mata anak bini... inalilahwainnalilahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 09:16 PM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts

.baca dlm komen,budak yg peluk tu anak dia jugak. Nenek bawak balik puchong ,sama² accident dgn bapak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca terbakar tuh?

Ayah kat ruang mana bole selamatkn diri pula dengan kaki bersimen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.107725 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list