CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6308|Reply: 4

[Tempatan] Projek KB Sentral: Delay lagi?

[Copy link]
Post time 13-2-2025 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 13-2-2025 11:02 PM

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri berdepan kesuntukan masa untuk memastikan KB Sentral dapat beroperasi seperti dijadualkan pada 2027.


"Kita telah meminta syarikat berkenaan memberikan keputusan sama ada ingin meneruskan projek ini tanpa sebarang rundingan lanjut atau menyerahkannya kembali kepada kerajaan negeri. Surat telah dihantar untuk mendapatkan jawapan, dan kita telah menetapkan tempoh tertentu untuk projek ini disiapkan.


"Jika Perak Transit masih cuba berbincang mengenai syarat tambahan, kita akan berikan satu tarikh akhir dan jika tiada keputusan konkrit, kerajaan negeri sendiri akan mengambil alih pembinaan ini," katanya kepada pemberita ketika mengulas perkembangan projek KB Sentral dalam sesi dialog sempena Majlis Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Media, di sini, malam tadi.


Mohamed Fadzli menegaskan, kerajaan negeri masih bertolak ansur namun projek itu perlu disiapkan segera.


Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan untuk meremehkan keupayaan Perak Transit yang sebelum ini berjaya melaksanakan banyak projek lain.


"KB Sentral mempunyai banyak komponen stesen bas, kompleks beli-belah, kediaman dan sebagainya. Tetapi fokus utama kita adalah stesen bas terlebih dahulu manakala komponen lain boleh menyusul kemudian," katanya. - BERNAMA




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2025 12:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukannya nak buat macam KL Sentral pon. Lombab betul kerajaan serambi mekah ni. Macam semua benda tak pandai
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kandang Babi kettewww?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2025 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Projek simple je pun payah nak settlekan.
Memang lembab macam siput!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.637516 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list