CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5392|Reply: 0

Tangkap ikan guna bubu naga dan bot penangkapan ikan tanpa permit, 8 nelayan Myanmar didenda sehingga RM30,000

[Copy link]
Post time 13-2-2025 11:13 PM | Show all posts |Read mode





KUALA SELANGOR – Tindakan lapan lelaki warga Myanmar menangkap ikan menggunakan bubu naga dan bot penangkapan ikan tanpa permit membawa padah apabila didenda masing-masing antara RM20, 000 dan RM30, 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Jabatan Perikanan Selangor dalam kenyataannya memaklumkan hukuman itu dijatuhkan Hakim Nurul Mardhiah Mohamed Redza selepas kesemua tertuduh berusia 31 hingga 41 tahun selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan dihadapi mereka.


Berdasarkan pecahannya, empat daripada mereka yang merupakan tekong didenda RM30, 000 manakala empat lagi yang awak-awak didenda RM20, 000.


Mahkamah turut memerintahkan penjara tambahan 20 bulan dan 30 bulan sekiranya kesemua tertuduh gagal membayar denda berkenaan


Selain itu, kesemua barang kes, kelengkapan dan peralatan menangkap ikan telah diperintahkan untuk dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.


Kesemua tertuduh didakwa menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa permit mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.


Mereka juga didakwa dibawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) (Pindaan 2024) yang dibaca bersama seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan bubu naga.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Jabatan Perikanan (DOF) Herlina Abd. Ghani dan Muhammad Hafiz Mohd. Amin sementara kesemua tertuduh yang diwakili oleh peguam, S. Muthu Veeran.


Menerusi kenyataan itu juga, Jabatan Perikanan Selangor menyatakan kesemua tertuduh telah ditahan di Perairan Sungai Besar pada 31 Julai tahun lalu.


Tambahnya, siasatan turut mendapati tertuduh tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan dokumen Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang tidak diiktiraf.


“Keputusan ini menegaskan komitmen DOF dalam membanteras aktiviti perikanan tidak sah, tidak dilaporkan, dan tidak dikawal serta memastikan kepatuhan terhadap larangan penggunaan peralatan penangkapan ikan yang dilarang,” katanya.  




Kredit :– KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.407846 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list