CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12920|Reply: 14

DAP gesa kerajaan gubal akta antidiskriminasi kaum

[Copy link]
Post time 18-2-2025 02:41 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA - DAP menggesa kerajaan untuk menggubal akta antidiskriminasi kaum bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menghasut kebencian kaum.


Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, akta itu penting bagi menghentikan sama ada individu perseorangan yang tidak bertanggungjawab mahupun orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian, mempamer kebencian kaum dengan apa cara sekalipun serta tindakan provokatif yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia.


Menurutnya, kejadian di Sepang melibatkan seorang peniaga enggan menjual jagung kepada masyarakat India dan menggunakan bahasa merendahkan adalah sangat membimbangkan.


"Ini menunjukkan sejauh mana sentimen perkauman yang tidak sihat dan tidak rasional telah mempengaruhi segelintir golongan masyarakat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.


Jelas beliau, sentimen perkauman yang ditunjukkan secara terbuka dan tanpa rasa malu, tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh, sama seperti ucapan rasis oleh ahli politik ekstrem.


"Ini adalah satu realiti yang perlu ditangani melalui tindakan penguatkuasaan dan hukuman.


"Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa akibat buruk dan jauh, yang bukan sahaja akan memecahbelahkan negara, tetapi juga akan menyebabkan keruntuhan keharmonian kaum dan agama, serta penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang menjadi ciri-ciri 'Malaysia Truly Asia'," katanya.


Akta antidiskriminasi pernah dibangkitkan beberapa kali oleh pelbagai pihak sebelum ini antaranya Datuk Seri Mujahid Yusof yang mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara tersebut.


Sementara pada Ogos 2018, penganalisis politik dan pengamal undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dilapor berkata, negara memerlukan undang-undang yang khusus bagi menangani diskriminasi serta memberikan hak yang saksama untuk semua kaum, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan


Akta ini telah pun dilaksanakan di pelbagai negara maju seperti Australia, Kanada, Perancis, New Zealand dan Amerika Syarikat.




Sumber:  Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahu ko takut. Selama ni melayu relax2 je ko pijak kepala. Kaduk naik junjung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 03:23 PM | Show all posts
Orix replied at 18-2-2025 03:07 PM
Tahu ko takut. Selama ni melayu relax2 je ko pijak kepala. Kaduk naik junjung.

diorang buat boleh, freedom of speech katanyabangsa lain buat boleh, minority katanya
diorang provoke non-stop

bila rakyat dah letih kena pijak, yang kat atas sana pulak buta tuli dan pekak badak,
kita bangun je, diorang nak pijak balik. oh, racist, oh extremist
tu tak sebut lagi bab campur tangan dalam agama Islam haritu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 18-2-2025 03:23 PM
diorang buat boleh, freedom of speech katanyabangsa lain buat boleh, minority katanya
diorang prov ...

'kejadian di Sepang melibatkan seorang peniaga enggan menjual jagung kepada masyarakat India dan menggunakan bahasa merendahkan'

Yang ini ka? Mungkin dia lebih faham bangsa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
So lepas ni majikan tak boleh la tetapkan speaker's mandarin only untuk jawatan kosong.. hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok aje looo.. minta maap ajelaa settle mcm yg sudah sudah tuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2025 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lopes ni lakulaa jagung pakcik nii..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 04:27 PM | Show all posts
hhmmmm........sure
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
senang nak peler victim
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jelik btul tgk tokpekong sekor ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Akta 3R kan dah ada, kau main isu Allah di stoking takpe pula minta maaf. Bila melayu buat pandai pula nak akta itu ini. Akta ni hanya untuk ganggu hak istimewa melayu saja. Kononnya diskriminasi kaum lain hak istimewa melayu ni. Masa nak duduk sini dpat kerakyatan pandai pula kompromi dgn org melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 02:48 AM | Show all posts
kaum Klink ni jika sorang je ada
kat mana2lah Hospital ke

kecoh serta semua staff stress/

dlam flight lagilah Belagak kaya

nak beli janggong dia belek2 pegang semua jagong

lepas tu beli satu je.

kaum ni jika makan kat restauren owner kene hati2
bila nak bayar dia kata cuma makan sayur
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
anilza10 replied at 18-2-2025 04:08 PM
So lepas ni majikan tak boleh la tetapkan speaker's mandarin only untuk jawatan kosong.. hihihi..

Ini keperluan bahasa. Tetap dibolehkan kalau genuine bukan sahaja BC tapi bahasa lain misalnya nak ambik yang boleh bahasa Sepanyol untuk deal dengan Mexican clients. Tapi kalau letak saja2 sebab nak jadikan alasan ambik cina saja, bolehlah dakwa bawah Akta tu besok.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Time dia buat org play victim,time org buat dia Tau pulak melalak ,dasarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Melebih2 pulak, kalau die buat,play victim bagai, taik la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051387 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list