View: 25272|Reply: 6
|
[Tempatan]
Nampak Ismanira dua kali tiada kelibat Zayn Rayyan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Saksi pendakwaan ke-16 memberitahu dia ada berselisih dengan ibu Zayn Rayyan Abdul Matin, sebanyak dua kali di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada hari kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023.
Rashidah Rajali, 37, yang juga jiran yang tinggal di aras sama di tingkat dua dengan keluarga Zayn Rayyan di apartmen itu berkata, kali pertama dia berjumpa dengan Ismanira Abdul Manaf di tangga pada pukul 12.15 tengah hari, manakala kali kedua pada pukul 12.35 tengah hari.
“Pada 5 Disember pukul 12.15 tengah hari saya buat rutin hantar anak pertama pergi sekolah. Saya terserempak dengan ibu Zayn di tangga. Ketika itu saya hendak turun ke bawah manakala ibu Zayn hendak naik ke atas. Saya nampak dia ada bawa beg sekolah warna biru merah dan turut memakai beg silang,” kata saksi itu.
Kata saksi itu, selepas menghantar anak pertamanya ke sekolah, dia kemudian pulang ke rumah pada 12.35 tengah hari dan ketika itu sekali lagi dia berselisih dengan Ismanira di tangga sama yang mana dia hendak naik ke atas dan Ismanira hendak turun ke bawah.
“Saya ada tengok muka dia, tapi saya tidak bercakap dengan dia. Saya hanya nampak dia pakai beg silang sahaja,” kata saksi itu.
Ujar saksi itu, pakaian yang dipakai oleh Ismanira ketika berselisih dengannya pada kali pertama, berbeza dengan pakaian yang dipakai ketika sekali lagi mereka terserempak kira-kira 20 minit kemudian.
Pendakwa raya: Masa puan jumpa mula-mula pada 12.15 tengah hari, puan ingat pakaian dia?
Saksi: Dia pakai tudung warna hitam, baju warna putih, kain atau seluar macam palazo warna hitam.
Pendakwa raya: Kali kedua ingat tak pakai baju apa?
Saksi: Saya tak ingat keseluruhan, tudung bercorak yang warna sedikit gelap.
Dalam prosiding sama, saksi itu turut memaklumkan dia tidak tahu rumah keluarga Zayn secara tepat dan hanya tahu pada hari kejadian kanak-kanak itu hilang.
Pendakwa raya: Puan kenal Zayn Rayyan
Saksi: Kenal…selisih pernah nampak.
Pendakwa raya: Anak-anak puan pernah main dengan dia?
Saksi: Tidak pernah, Zayn tidak pernah bermain dekat luar.
Pendakwa raya: Puan tahu tak kenapa dia tidak pernah main dekat luar?
Saksi: Saya tidak pasti.
Pendakwa raya: Anak puan ada pernah bermain di taman permainan bawah?
Saksi: Ada pernah main dekat bawah dan saya akan teman anak-anak saya pada waktu petang.
Pendakwa raya: Masa bermain petang, pernah tak nampak Zayn main sekali di taman?
Saksi: Tidak pernah.
Pendakwa raya: Kenapa cakap Zayn tak pernah main di luar, boleh terangkan kenapa kata begitu?
Saksi: Anak saya selalu main basikal di luar koridor, tetapi saya tak pernah nampak Zayn main.
Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili kedua-dua tertuduh.
Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi esok.
Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bapa lepas tangan, mak pula mental ...jadi camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tahu kenapa tukar baju ye..ikutkan ZR dah hilang kan sebab saksi nampak Isma naik tangga sorang2 jah..eh anak ko dah hilang kot..sempat lagi tukar baju.. Kalau aku anak hilanhg, nak kencing pon hold dulu..cari anak sambil histeria mcm orang gila dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya xder barang dr kedai yg dibeli. Anak pun xder ngan dia. Elok naik ats blik rumah tujo baju smbil buat plan B |
|
|
|
|
|
|
|
Suspicious sempat tukar baju. |
|
|
|
|
|
|
|
toxicated replied at 18-2-2025 09:34 PM
Suspicious sempat tukar baju.
Baju dah kotor kena darah maybe |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya
masa ni yg dia kata dia balik dari kedai
dia ingat anak dia ikut belakang tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|