CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22508|Reply: 12

[Tempatan] Nama Malaysia ‘panas’ di Jepun, guru kantoi mencuri RM30k

[Copy link]
Post time 18-2-2025 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Nama negara tiba-tiba menjadi 'panas' di laman sosial Jepun selepas seorang lelaki rakyat Malaysia dilaporkan ditangkap atas dakwaan mencuri melibatkan nilai yang besar.

Menerusi perkongsian pemilik akaun @pja_chan di laman X, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kelab bola keranjang di Takatsuki, Osaka.



"Ada Malaysian kantoi curi duit dan CC (kad kredit) dekat Japan. Total kerugian dalam RM30,000. Masuk news sampai famous sudah.

"Kalau baca replies bawah tweet ni, penuh dengan rant (rungutan) terhadap foreigners dekat sana," tulisnya.

Pemilik akaun itu merujuk kepada ciapan akaun @tweet_tokyo_web yang membuat perkongsian mengenai kejadian berkenaan, selain turut memuat naik pautan saluran ANN News yang melaporkan berita kejadian.

Daripada terjemahan laporan berita media tersebut, ia melaporkan seorang pengajar sambilan lelaki ditahan polis kerana mencuri barangan berharga di sebuah kelab bola keranjang di Takatsuki.

Menurut polis Jepun, identiti lelaki tersebut dikenal pasti sebagai Wong, 26, seorang guru separuh masa warganegara Malaysia.

Wong dikatakan menggunakan nama Jepun untuk menyertai kelab bola keranjang berkenaan dan pertama kali menyertainya.

Rakaman video yang tersebar memaparkan aksi lelaki berkenaan duduk di tepi gelanggang dan perlahan-lahan menggeledah beg milik ahli kelab yang diletakkan di situ.

Pemilik beg mengesahkan wang tunai dan kad kredit miliknya dengan nilai keseluruhan kira-kira 1 juta yen (lebih RM29,000) hilang.

Wong bagaimanapun menafikan sebahagian dakwaan kepada pihak polis.

Sementara itu, warga maya memenuhi ruangan komen dengan mengecam tindakan lelaki berkenaan yang bukan saja mencemarkan nama Malaysia, malah mungkin bakal menyebabkan syarat kemasukan ke nagara berkenaan lebih ketat.

"Makin strict la pemegang pasport Malaysia nak cuti-cuti atau sambung belajar di sana. Kerana nila setitik, susu sebelanga ditumpahkan.

"Balik je la Malaysia kalau tak mampu duduk sana.

"Jagalah perangai bila dekat negara orang. Jangan menyusahkan orang," demikian komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa suruh balik Malaysia???

Kenapa x suruh dia migrate ke China?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki celah mananya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:37 PM | Show all posts
agaknya ikut pangai PM Bijan tak?

Bijan rompak billion2

PM Borek, rekyat rintik

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang: agaknya ikut pangai PM Bijan t ...
dah terang2 salah sendiri ,lagi nak petik nama orang lain yang tak ada kaitan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:33 PM | Show all posts
Cisss buat malu je..kat jepun pulak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2025 10:41 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 18-2-2025 10:42 PM
lanacondor replied at 18-2-2025 10:14 PM
dah terang2 salah sendiri ,lagi nak petik nama orang lain yang tak ada kaitan..

macam Bijan gak..

rompak billion2 duit rekyat Mesia

petik Pak Arab yg derma plaks


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
takkan  wong ka fei nak mencuri??? lu olang manyak tipu la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
type c mendoniaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Itzy at 19-2-2025 01:58 AM

Hahahah dengan kuasa Allah terbongkar la kedok perangai busuk org2 kafir di social media yg suka dok hina melayu islam suka buat jenayah dan mencemarkan nama malaysia, contohnya najib. Padahal ramai je type I yang kena gantung edar dadah di singapura atau jadi scammer. Type c pun banyak buat hal di luar negara. Sebelum nak hina bangsa melayu islam, tengok la bangsa kamu pun bukan suci. Melayu suka menghina sebab belajar dari type I dan C juga yg suka menghina.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 02:56 AM | Show all posts
Sepatutnya social  media di sana

kena tulis pencuri adalah asal dan keturunan dari negara China

dan bukan rakyat malaysia yang tulin
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 19-2-2025 01:57 AM
Hahahah dengan kuasa Allah terbongkar la kedok perangai busuk org2 kafir di social media yg suka dok ...

Betul, sejenis rasa bangsa die paling superior..rupenye mencuri lepas tu nafi pulak mcm biasa..kat sana xleh apply kad oku
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 06:52 AM | Show all posts

Double triple the fines kalau tak boleh bayar masukkan dlm penjara Jepun biar jadi ulam ulaman puak Yakuza :-)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041010 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list