|
salam...cuma nak tahu...ayah mengalami koma selepas serangan jantung di dadanya...jantungnya bengkak dan mula surut...kemudian doc mengatakan keadaannya sebagai strok angin ahmar...sehingga kini dia masih belum sedar...tetapi apabila kami anak-anaknya melawatnya dan bercakap dengannya tekanan darahnya naik mendadak...soalan saya :
1.bagaimana keadaan apabila dia sedar nanti
2.bolehkah dia bekerja semula...kerana ada beberapa org rakan memberitahu bhw dia akan lumpuh..adakah ini benar?
3.apakah ada cara lain untuk kami lakukan untuk membantu mempercepat pemulihannya.
Untuk pengetahuan umurnya 60 tahun...ada darah tinggi,jantung dan kencing manis sikit..buah pinggang rosak sebelah...sebelum dia koma..tolong bantu |
|
|
|
|
|
|
|
Saya juga mempunyai ayah yang menghidap penyakit angin ahmar. Serangan pertama 20 tahun yang lalu. Setelah dibuat pembedahan untuk membuang darah beku dikepala, alhamdulillah sihat.
Serangan kedua berlaku 4 tahun yang lalu. Semenjak itu keadaannya semakin uzur. Umurnya hampir 80 tahun. Namun hingga sekarang ayah bergantung kepada ubat hospital agar darah tingginya tidak naik mendadak dan tidak diserang demam selalu.
Ada orang mengatakan elok diberi minum Air Zaffran setiap hari tapi saya tak mengamalkannya disebabkan kekangan kewangan dan saya tinggal jauh dari ayah. So cubalah.
Dan lagi bawalah pergi berurut supaya urat-uratnya tak tegang dan perjalanan darah lancar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|