View: 6037|Reply: 8
|
[Tempatan]
Terkurung Dalam Sangkar, Kucing Terperangkap Dalam Kebakaran!
[Copy link]
|
|

Apabila berlakunya kebakaran di sesuatu kawasan seperti rumah mahupun kedai, perkara yang akan terlintas difikiran kebanyakan orang adalah menghubungi pihak bomba.
Perkara tersebut merupakan tindakan yang betul, kerana situasi yang berbahaya seharusnya dikendalikan oleh pihak yang pakar dan juga berpengalaman.
Namun begitu, sesetengah situasi memaksa orang awam bertindak dahulu kerana kelewatan dalam memberikan pertolongan mampu meragut nyawa makhluk bernyawa.
Tular sekumpulan lelaki cuba selamatkan kucing-kucing di kawasan terbakar
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sekumpulan individu bertungkus-lumus menyelamatkan beberapa ekor kucing di dalam sangkar di sebuah kawasan yang sedang terbakar.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @karlzidane, kedengaran bunyi kucing mengiau seakan sedang meminta bantuan dari dalam sangkar berdekatan api yang sedang marak.
Menurut pemilik akaun kepada BuzzKini, kebakaran tersebut berlaku pada malam semalam (25 Februari) di Flat Camar Taman Perling, Johor Bahru.
Seorang lelaki jadi hero panjat pagar sebelum yang lain datang membantu
Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memberanikan diri memanjat pagar untuk mengalihkan kucing-kucing yang terkurung di dalam sangkar terbabit.
Tidak lama kemudian, datang pula beberapa individu lain menghulurkan bantuan membantu lelaki terbabit untuk melepaskan haiwan berkenaan.
Satu lagi video berasingan yang dikongsikan oleh karlzidane memaparkan sekumpulan individu bertungkus-lumus cuba menyelamatkan kucing yang masih hidup daripada kebakaran tersebut.
Difahamkan, kawasan yang terbakar itu adalah tempat perlindungan kucing jalanan dan semasa kejadian pemiliknya sedang menuju ke kampung kerana anak saudaranya meninggal dunia akibat kemalangan pada petang hari yang sama.
Jelas Karlzidane lagi, pihak bomba pula di lokasi kebakaran selepas video ini diambil untuk memadam kebakaran.
Netizen beri pujian dan titip doa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian terhadap sekumpulan lelaki itu kerana memberanikan diri demi menyelamat kucing-kucing terbabit.
Mereka turut menitipkan doa agar Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang banyak kepada individu-individu tersebut.
Namun, tidak kurang juga yang sebak selepas mendengar khabar yang mendakwa masih ada puluhan kucing yang tidak berjaya diselamatkan semasa kebakaran berlaku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tidurkan sahaja kucing jalanan ni. Obviously they are neither wanted nor do they contribute to the ecosystem. Mereka pun tak minta dilahirkan. Kalau tak boleh control populasi kucing, control populasi tuan kucing.
|
|
|
|
|
|
|
|
kasihannya la anak-anak..
terima kasih orang baik yang berani..
semoga ada ganjaran di akhirat kelak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi haiwan terperangkap dan rentung dalam tragedi kebakaran ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa blh buat
dah mmg takdir sebegitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|