View: 28219|Reply: 6
|
[Tempatan]
Tak mustahil JDT boleh pecah rekod dunia
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Tiada yang mustahil sekiranya satu hari nanti Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemegang rekod dunia selaku kelab yang menjuarai liga domestik berturut-turut paling banyak.
Kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 sejak 2014 menyaksikan skuad Harimau Selatan ketika ini perlu mempertahankan gelaran dalam lima musim akan datang untuk memecahkan rekod dunia.
Rekod dunia ketika ini dipegang kelab dari Vanuatu, Tafea FC yang memenangi gelaran dalam liga domestik sebanyak 15 kali berturut-turut antara musim 1994 hingga 2008/09.
Pencapaian itu tampak boleh diatasi JDT berdasarkan prestasi konsisten yang dipamerkan Harimau Selatan setiap musim selain dominasi mereka sukar untuk dicabar mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).
Seandainya tiada kebangkitan luar biasa yang mampu dilakukan pasukan Liga M yang lain, mungkin tahun 2030 bakal menjadi saksi kelab milik Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail itu akan memecahkan rekod dunia.
Malah, bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menganggap tidak mustahil JDT mampu untuk terus mempertahankan kejuaraan liga bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Jurulatih berpengalaman dan pernah membimbing beberapa pasukan Liga M itu menjelaskan, ia berdasarkan jurang besar dimiliki JDT berbanding pasukan lain dalam saingan tempatan selain skuad Harimau Selatan sentiasa meningkat setiap musim.
"Kalau tengok kepada apa yang JDT lakukan sekarang ini, saya tak nampak pasukan lain boleh bersaing dengan mereka. Mungkin hampir dengan JDT adalah Selangor. Dahulunya Kedah, tapi apabila berlaku masalah (kewangan), sudah terumbang ambing.
"Terengganu mungkin salah satu pasukan memiliki fasiliti yang bagus, tapi kita tak tahu sejauh mana mereka boleh bersaing dengan JDT. Mungkin 10 tahun lagi (JDT kekal juara liga), mereka mendominasi segala apa yang ada di liga tempatan.
"Jangan tengok pasukan senior sahaja, JDT juga ada pemain yang bagus di peringkat belia. Kalau kita tengok perkembangan dalam ACLE (Liga Juara-Juara Asia Elit), mereka dalam peringkat 16 terbaik.
"Jadi, kita boleh faham sejauh mana kekuatan mereka dan sejauh mana seriusnya Tunku Mahkota Ismail bentuk pasukan supaya pasukan lain di Asia Tenggara tahu bahawa di Malaysia ada satu pasukan yang begitu digeruni.
"Sekarang JDT cuba menempa nama di peringkat Asia. Kalau dalam Liga Super, tengok perbezaan pungutan mata JDT dengan pasukan lain, ia membuktikan jurang mereka terlalu jauh dari pasukan lain," katanya kepada BH Sukan.
Semalam, BH Sukan melaporkan JDT memahat nama mereka dalam peta bola sepak dunia sebagai antara pasukan terbanyak mempertahankan kejuaraan apabila mengesahkan gelaran Liga Super kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Perak 2-0, kelmarin.
Paling menarik, skuad Harimau Selatan ketika ini menyamai rekod gergasi Jerman, Bayern Munich yang memenangi gelaran Bundesliga dari musim 2012/13 hingga 2022/23.
Sumber : Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah. Amik la semuanya. 
Lesu mls ni. Xde persaingan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmmm malas nak komen. Rasa sayang pulak tgk katil bilik SG |
|
|
|
|
|
|
|
Ya hamponnnnn, liga domestik paling byk menang.
Ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau bajet tahunan dorg pun dah hampir sama dgn jumlah bajet tahunan 10 pasukan lain kecuali Selangor, apa yg pelik..... |
|
|
|
|
|
|
|
Berangan is free without a fee. |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih aku menggugel Vanuatu.
Population: 320,409 (2023).
Ok ler tu dari takde apa² utk dibuat perbandingan.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|