CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6182|Reply: 2

Pegawai Perubatan Ditahan, Didakwa Suruh Pesakit Wanita Berusia 21 Tahun Buka Baju Dan Kunci Pintu

[Copy link]
Post time 27-2-2025 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan





GEORGE TOWN – Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di sini telah ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita berusia 21 tahun ketika pemeriksaan jantung semalam.


Suspek dikatakan mengarahkan mangsa membuka pakaian tanpa kehadiran jururawat wanita dan mangsa mengikut arahan tersebut, menyangka ia adalah prosedur operasi standard (SOP) untuk pemeriksaan jantung. Selain itu, suspek juga dipercayai mengunci bilik tersebut.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pegawai perubatan lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di tempat kerjanya sekitar pukul 9.30 malam.


“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 2 Mac untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain doktor 43 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:50 AM | Show all posts
Hot ke pesakit itu mendorong doktor jadi buang tebiat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.145691 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list