CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12508|Reply: 0

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Selepas Rebah di Garisan Penamat Merentas Desa

[Copy link]
Post time 27-2-2025 09:53 PM | Show all posts |Read mode





SEORANG pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai merentas desa pada Khamis.


Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin dikatakan berjaya menamatkan acara enam kilometer (km) itu sebelum rebah sebaik melepasi garisan penamat.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelajar itu menyertai acara peringkat sekolah bersama rakan-rakan lain.


“Sebaik tiba di garisan penamat, pelajar yang dikenali aktif bersukan itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.


“Guru bertugas bersama ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) membawanya ke khemah dan memberikan bantuan pertolongan cemas, namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas,” katanya.


Wan Azharuddin berkata, pihak sekolah segera menghubungi ambulans, namun dia meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan.


“Hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati remaja itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, malah aktif bersukan.


“Semakan polis turut mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis untuk anaknya menyertai acara sukan tersebut,” katanya.


Polis turut mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat terhadap mangsa.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 1.115580 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list