Edited by pengecattaik at 28-2-2025 12:44 AM
JAKARTA – Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Menurut kenyataan pada Selasa, tujuh individu disyaki terlibat, termasuk empat eksekutif Pertamina, kerana menyebabkan kerugian besar kepada negara.
Mereka didakwa mengatur skim yang memaksa kilang penapisan mengimport minyak mentah dan produk petroleum dari luar, walaupun undang-undang menghendaki Pertamina mendapatkan bekalan dari kontraktor domestik terlebih dahulu.
Siasatan mendapati suspek terlibat dalam aktiviti import yang dimanipulasi antara 2018 hingga 2023, dengan tiga individu daripada syarikat swasta turut didakwa memperoleh keuntungan haram daripada penghantaran minyak tersebut.
Sinar Harian
|