CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4897|Reply: 6

antiseptic vs antibiotic?

[Copy link]
Post time 11-5-2011 09:55 AM | Show all posts |Read mode
salam..

nk tanye.. apa beza fungsi antiseptic cream dgn antibiotic cream? my son kene infection dkt kesan2 garu eczema.. so dah refer doctor.. n he gave antibiotic oral and cream. oral tu okla.. kene minum smpai habis kan? tapi yg antibiotic cream tu.. sikit bebeno..  ni dah nk habis dah.. kesan2 luka nye dah takde infection (dah tak bernanah), tapi masih belum heal sepenuhnye. means masih open wound n senang kene infection. so.... adakah saya kene pegi klinik semula n mintak the same antibiotic cream from the doctor, or bole apply antiseptic cream saje? as for his eczema, it is improving.. cuma yg infected tu je yg lambat. so nk kene clear the infection first..  since luka2 tu kt tapak kaki, so chances utk kene infection lagi amat tinggi.

thanx.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 02:34 PM | Show all posts
setelah ku gugel2.. ada yg kata.. tak elok klau terus gunakan antibiotic more than 7 days... bole sebabkan immune kepada antibiotic tersebut. is it true?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 12:21 PM | Show all posts
Fungsi antibiotic cream untuk mencegah tempat luka daripada dijangkiti kuman. Antibiotik ni selalu merujuk kepada agen untuk merawat kuman tu sendiri.

Antiseptik digunakan di bahagian luar tisu hidup. Biasanya untuk luka-luka kecil, tak teruk.

Semuanya lebih kepada terma-terma yang digunakan bagi menerangkan proses membunuh mahupun menghapuskan  jangkitan kuman.

Oral antibiotik tu kena minum sampai habis mengikut arahan yang diberkan, tetapi jangan lebih 7 hari. Ini bagi mengelakkan keadaan dipanggil antimicrobial resistant, dimana kuman tersebut membina daya tahan terhadap antibiotik tersebut.

Rasanya tak perlu kerana kesan lukanya dah makin sembuh, lagipun anak still on oral antibiotic kan? Ubat sapu tu bagi pandangan saya dah mencukupi. Kalau ragu-ragu juga, bolehlah jumpa doktor itu semula.

Diharapkan jawapan ini membantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 04:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by talapia at 12-5-2011 16:50

Reply 3# mamarock


    thanx 4 ur explanation. oral antibiotic tu, malam ni rasanye last dose. antibiotic cream pon ckup utk hari ni je. so utk esok mcm mane cara nk jaga? perlu ke saya apply antiseptic cream kt luka2 tu, sebab luka2 tu masih belum heal sepenuhnya, n ia kt tapak kaki.  atau ckup dengan make sure kaki tu bersih, cuci dgn sabun saja. atau, perlu saya bandage or pkaikan stokin utk protect daripada kekotoran? saya mmg dah fobia dgn infection kt kaki dia, dah 2 kali kena, sampai saya rasa mcm taknak bg dia berjalan sendiri sampai betul2 sembuh. huhu..

betul tak pemahaman saya : antibiotic menghalang jangkitan kuman n membunuh kuman jugak, manakala antiseptic pula melindungi luka dari jangkitan kuman, tp once dah kene jangkitan, kene amik antibiotik. mcm tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:49 PM | Show all posts
Reply 1# talapia


    penyakit anak tu berpunca dari ekzema...mengamalkan pengambilan antibiotik hanya utk merawat kesan luka kecik bhg luaran saje..walo mcm ne pun ubat ubat tu tidak merawat akar dan punca penyakit...

kemungkinan besar gejala exzema ni akan berulang ulang  kerana penyakit ni berpunca sistem imune yg hypersensetive dan menyerang organ/tisu sendiri..

Ubat hakiki adalah dengan menstabilkan,memberikan "I.Q" kpd imune system supaya bijak..maksudnya imune sistem tidak terlalu tinggi/lemah sehingga menyebabkan gangguan kesihatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply 5# anuar


    yupp.. infection ni mmg berpunca dari eczema. n sekarang saya dlm proses utk menangani masalah eczema tu luaran n dalaman. tgh amalkan alternative medicine. alhamdulillah nampak perubahan pd eczema dia. cuma kaki ni aje yg infection sbb susah nk jaga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2011 11:12 AM | Show all posts
Talapia,

Eloklah saya terangkan apa dia antibiotik dan antiseptik tu sendiri, baru senang nak faham kan?

Antibiotik asalnya bahan kimia yang dihasilkan daripada microorganisms yang mana dapat merencat pertumbuhan ataupun membunuh kuman. Antibiotik tidak toksik kepada perumah dan digunakan untuk merawat jangkitan kuman. Jadi ianya merupakan agen untuk merawat kuman itu sendiri, boleh dimasukkan ke dalam sistem badan kerana tidak memudaratkan perumah.

Antiseptik pula biasanya digunakan bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ianya merupakan bahan kimia yang berupaya merencat pertumbuhan kuman tetapi tidak semestinya membunuh kuman tersebut dan hanya untuk kegunaan luaran sahaja, tidak sesuai dimasukkan ke dalam system badan. Antiseptik diharapkan dapat mengurangkan bilangan sebanyak mungkin kuman yang ada pada bahagian luka bagi mengelakkan proses jangkitan kuman bermula.

Oleh kerana itu, dalam keadaan tertentu, bukan semestinya, oral antibiotik akan diberikan di samping ubat sapu tu, bagi menolong sistem immune badan melawan penyakit. Jadi, jika seseorang terkena jangkitan penyakit, didapati tidak begitu serius, biasanya dibekalkan ubat-ubat biasa tanpa disertakan dengan antibiotik. Penggunaan ubat secara berlebihan adalah amalan yang tidak sihat.

Bagi mengelakkan luka, ketika dia berjalan, pakaikan alas kaki seperti stoking dll. Pastikan anak tak menggaru di kawasan luka tersebut dan yang penting kukunya dipotong pendek.

Eczema, selain daripada anak tu mudah terkena demam selsema, sensitif kepada habuk dan debu, kulit mereka menjadi kering.

Bagi penjagaan kulit, kurangkan penggunaan sabun dan seelok-eloknya gunakan sabun mandian yang tidak kuat seperti eucerin. Kemudian sapukan losyen seperti eucerin bagi melembabkan kulit anak.  Kurangkan penggunaan air panas ketika mandi. Sabun untuk membasuh bajunya juga gunakan yang jenis tak kuat seperti NappiKleen. Pastikan rumah kurang debu dan elakkan atau kurangkan makan makanan yang boleh mencetus elergi seperti  seafoods.

Diharapkan ini membantu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.117476 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list