View: 4956|Reply: 10
|
DARI DALAM SITI (BERITA HARIAN) - Disiarkan SETIAP SABTU
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by khyree at 28-5-2011 20:25
Dari Dalam Siti: Iktibar dari tanah runtuh
2011/05/28ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca akhbar Berita Harian.
Doa Siti agar pada hujung minggu ini, kita semua berada dalam keadaan yang baik bersama keluarga tersayang. Cuti sekolah juga sudahpun bermula, inilah waktunya ibu bapa dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak. Apakah agaknya perancangan anda bersama keluarga pada musim cuti ini? Moga cuti sekolah ini akan memberi manfaat kepada anda sekeluarga.
Siti pasti rumah ibu Siti di Kuala Lipis akan riuh rendah pada musim cuti ini. Lazimnya anak-anak saudara Siti akan pulang ke kampung dan berkumpul beramai-ramai. Keadaan seumpama ini memang Siti sendiri rindukan dan selalunya tidak akan melepaskan peluang bersama-sama mereka.
Bercerita tentang cuti sekolah dan anak saudara ini, Siti teringat dengan kejadian yang begitu menyayat hati iaitu peristiwa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa pada 21 Mei yang lalu. Berikutan tragedi tersebut, 16 kanak-kanak maut dan sembilan orang lagi terselamat namun dalam pelbagai kondisi. Ada di antara mereka yang cedera dan tak kurang juga yang terpaksa dipotong kakinya. Kejadian seumpama ini tentu membuatkan kita semua bersedih hati serta banyak pengajaran yang boleh diperoleh melaluinya.
Kita tidak boleh menuding jari saja kerana setiap pihak bertanggungjawab atas apa jua yang terjadi. Kita hanya akan dikejutkan bila satu-satu hal berlaku tanpa mahu menoleh ke belakang untuk menilai dan melihat sumbangan dan persediaan untuk menangani sesuatu sebelum terjadinya sesuatu.
Kejadian tanah runtuh ini bukanlah perkara baru, beberapa tempat lain sebelum ini turut mengalami tragedi ini. Sebagai negara yang prihatin, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk memastikan hal seumpama ini tidak akan berulang. Memang kita tidak boleh melawan takdir tetapi perkara-perkara asas haruslah dikenal pasti agar sesuatu yang tak diingini boleh dicegah.
Tidak kiralah struktur tanah atau bangunan dan sebagainya, perlulah ada pemeriksaan berkala atau penyelenggaraan awal hendaklah dibuat oleh pihak berkuasa atau berkenaan. Ini adalah untuk memastikan setiap kawasan yang diduduki dalam keadaan selamat dan jika ada risiko, ia boleh dipantau lebih awal.
Siti juga terharu dengan keprihatinan ramai pihak yang membantu mangsa tragedi dan bergegas ke tempat kejadian. Pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan juga disalurkan. Alhamdulillah, Siti sendiri dan bekas sekolah Siti iaitu warga Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang juga turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima. Semoga dengan sumbangan kecil yang dibuat ini akan memberikan sinar semula kepada mangsa.
Siti turut mendoakan agar pihak pengurusan dan adik-adik akan terus diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup dan tabah mendepani musibah yang tak diduga ini. Kita panjatkan juga doa untuk kesejahteraan adik-adik yang terkorban dalam keadaan ini.
Baiklah, Siti juga ingin bercerita serba sedikit mengenai kerjaya Siti. Rabu lalu, Siti sempat hadir ke majlis pelancaran drama bersiri terbaru terbitan Global Station berjudul Suria Di Cordoba. Siti turut menyampaikan lagu tema hasil ciptaan Audi Mok/Omar K dan liriknya oleh Rozie Rashid.
Lagu berjudul Astana Cinta ini baru saja Siti rakamkan beberapa minggu yang lalu. Semoga lagu ini juga akan dapat mengubati rindu peminat-peminat Siti yang sudah lama tidak mendengarkan lagu terbaru. InsyaAllah, album Inggeris Siti juga sedang dalam proses akhir untuk disiapkan. Siti kira dalam sebulan ini akan cuba dipasarkan jika segalanya berjalan dengan baik dan lancar.
Siti juga sedang sibuk dalam persediaan menjayakan beberapa program televisyen untuk hari raya. Biasanya rakaman program raya akan dibuat lebih awal kerana tidak mahu mengganggu ibadah puasa pada bulan Ramadan. Siti lebih suka menyiapkan semua program ini sebelum bulan puasa. Tentunya aktiviti-aktiviti lain juga banyak, antaranya promosi SimplySiti, konsert di Indonesia dan sesi fotografi.
Insya Allah, selagi diberikan kudrat untuk bekerja, Siti akan lakukan sebaik mungkin. Memang jadual Siti agak sibuk tetapi peminat juga rajin mengikuti perkembangan Siti menerusi twitter. Pada awalnya twitter itu memang untuk kegunaan peribadi, malahan nama yang Siti gunakan juga bukanlah nama komersial, namun sekarang ini sudah ramai pengikut dan Siti akan cuba melayan mereka sebaiknya.
Sekali lagi selamat bercuti sekolah buat adik-adik semua. Gunakan masa cuti ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Semoga apa yang kita jalani akan mendapat keberkatan hendaknya.
Salam sayang buat semua. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pandora di hati Siti
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]
2011/05/28
Penyanyi Biarlah Rahsia kongsi minat bersama suami pilih aksesori charm dari koleksi Moments Habib Jewels
MUNGKIN dulu pilihan aksesorinya terbatas, cukup sekadar mengenakan anting-anting sebagai pelengkap gaya glamour tatkala muncul di atas pentas. Namun selepas bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Khalid Mohd Jiwa, perlahan-lahan minat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terhadap aksesori semakin tumbuh. Semuanya kerana pengaruh suami yang begitu menitikberatkan penampilan, membuatkan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu semakin mementingkan pilihan aksesori sesuai.
Selain gemar mengumpul jam tangan berjenama mewah, Siti juga tertarik dengan rantai tangan ringkas dan comel tetapi menyerlahkan gaya moden.
Tatkala ditawarkan Habib Jewels untuk menggayakan koleksi Moments daripada siri charm eksklusif, Pandora, Siti teruja menceritakan detik awal perkenalannya dengan jenama yang bermula di Copenhagen, Denmark pada 1982 itu.
“Siti mengenali Pandora tahun lalu ketika bersama suami bercuti di Eropah. Suami membawa Siti ke sebuah butik yang menjual aksesori itu namun hati belum terdetik untuk memilikinya.
“Ketika bercuti di Hong Kong, sekali lagi Siti mengunjungi butik Pandora dan mula tertawan dengan koleksinya yang comel serta menarik.
“Melihat reka bentuknya yang bebas disesuaikan mengikut cita rasa sendiri, Siti terfikir mengapa tidak memilikinya bagi melengkapkan penampilan pada hari santai,” katanya yang ditemui di ruang pameran Habib Jewels di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Koleksi pertama rantai tangan Charm Pandora kata Siti, dibelinya bersama suami ketika mereka keluar bersantai di pusat beli belah, Pavilion, Kuala Lumpur.
Siti akui, ketika berada di kaunter itu pancainderanya bagaikan dipukau dengan setiap rekaan charm yang dicadangkan kepadanya.
Setiap satu charm yang dipilih melingkari pergelangan tangannya kata penyanyi Biarlah Rahsia ini, mempunyai makna tersendiri dalam kehidupannya.
Paling istimewa, charm yang mempunyai abjad K iaitu permulaan nama suaminya yang dipilih Siti sendiri sebagai tanda ingatan terhadap suami.
“Siti hampir rambang mata ketika mahu memilih kerana terlalu banyak charm yang menarik dan cantik. Setiap satunya begitu comel, membuat Siti leka menatap.
“Istimewanya Pandora, si pemakai boleh membeli sedikit demi sedikit charm mengikut kesesuaian bajet sebelum ia lengkap menjadi sebuah aksesori yang menawan,” katanya.
Setiap kali menatap rantai tangan itu Siti berkata, ia secara tidak langsung pantas membawanya mengimbas segala detik manis perjalanan yang dilaluinya bersama suami.
Serasi dengan motto Pandora yang memberi penghargaan kepada wanita yang berjaya dalam karier dan kehidupan, memilikinya juga menjadi pelengkap kepada perjalanan hidup Siti sendiri.
“Siti masih belum pandai dalam aspek pemilihan aksesori. Setiap kali jika menginginkan sesuatu koleksi, Siti akan datang bersama suami yang jauh lebih mahir dalam menilai kualiti aksesori pilihan.
“Dia sentiasa memperkemaskan pengetahuannya mengenai setiap koleksi terkini, jadi selalunya apa yang Siti gayakan lebih kepada pilihan dan cita rasa suami.
“Seperti rantai tangan Pandora ini, Siti lihat ia sebagai hadiah yang menyimpan pelbagai kenangan selama menjadi isteri.” katanya.
Apa yang membuat Siti selesa, Pandora boleh digayakannya pada bila-bila masa dan mudah untuk disuai padan dengan persalinan kasual jika dia tidak terikat sebarang persembahan pentas.
“Bagaimanapun, pilihan aksesori Siti akan berubah apabila menghadiri majlis makan malam atau jemputan rasmi. Sering Siti akan memilih aksesori daripada emas, permata atau berlian sebagai pelengkap gaya.
“Tetapi jika terikat dengan persembahan pentas, Siti cuma memerlukan anting-anting bergaya mewah untuk menceriakan penampilan kerana persalinan sudah sarat,” katanya.
Siti berkata, ketika remaja dulu dia selesa bergaya ringkas malah pemilihan aksesori kurang dititikberatkan kerana cenderung dengan suasana hidup yang aktif dan pantas.
Bagaimanapun, perkahwinan dengan Khalid mengubah persepsinya terhadap aksesori. Ia tidak lagi dilihat sekadar pelengkap gaya, sebaliknya membantu menyerlahkan penampilannya di mata umum.
“Banyak perkara mengenai kecantikan dan pemilihan aksesori bersesuaian yang Siti belajar daripada suami. Awal perkahwinan dulu, Siti gemar mengumpul jam tangan.
“Kebetulan suami juga mempunyai minat yang sama, jadi kami berdua sering berkongsi pandangan. Kebelakangan ini Siti semakin tertarik dengan koleksi Pandora.
“Ia boleh dipakai setiap hari dan nampak manis apabila digayakan. Lebih menarik kerana ia menyimpan memori yang tersendiri antara Siti dan suami membuatkan Siti tidak menolak untuk menambah lagi koleksi jenama ini,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Astana Cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh....ada SLOT SITI...dah lama takde ruangan SIti nie
LAst sekali rasanya kat Harian Metro kannnn....
Nabs....keep update yerkkk!! |
|
|
|
|
|
|
|
nmpknya populariti ct akn kekal jua bertahan wlpn single tak kuar...
she knew how to maintain her popularity |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# nabs
Minggu lepas nya ruangan xde ke Nabs.. hehe..
lupe lak nk beli paper aritu.. hehehe...
kalu ada paste la... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nabs
Minggu lepas nya ruangan xde ke Nabs.. hehe..
lupe lak nk beli paper aritu.. hehehe ...
ang Post at 8-6-2011 14:24
takda lah ang...akak dah cari..last agaknya yang akak paste ni |
|
|
|
|
|
|
|
siti my idol...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dalam diri: Terkenang gulung popia
SITI bersama ibu (dua dari kiri) serta ibu mentua dan suaminya.
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca INSPIRASI. Alhamdulillah pada minggu ini Siti mula menulis dalam ruangan Dari Dalam Diri Siti. Begitu banyak keistimewaan bulan Mei ini termasuklah hari yang kita raikan iaitu sambutan Hari Ibu. Ibu adalah insan yang amat istimewa dalam hidup setiap insan. Tanpa ibu tidak lahirlah kita ke dunia ini. Begitu besar jasa dan pengorbanan ibu dalam hidup setiap seorang daripada kita.
Insan bergelar ibu ini bertarung nyawa melahirkan kita, mengandungkan kita selama sembilan bulan dan mendidik sejak kita lahir hinggalah dewasa. Tidak ternilai apa yang telah mereka curahkan kepada kita. Sebagai anak, selagi ibu masih bernyawa, kita haruslah sentiasa menghargai dan mengasihi mereka. Bagi Siti, ibu adalah tempat yang paling damai untuk kita berteduh, hati yang paling dingin untuk kita sentuh. Ibu adalah anugerah yang paling hebat untuk setiap insan di dunia ini.
Saban tahun kita meraikan hari istimewa iaitu Hari Ibu. Pelbagai cara kita lakukan untuk menghargai kasih seorang ibu. Pihak penganjur juga sudah banyak mengadakan majlis meraikan Hari Ibu. Turut diadakan saban tahun ialah Anugerah Ibu Mithali. Ini menggambarkan betapa kita amat menghargai seorang wanita yang bergelar ibu.
Siti juga berasa amat bertuah dikurniakan seorang ibu yang bernama Siti Salmah Bachik. Siti tidak pernah jemu menyatakan kesyukuran memiliki seorang ibu seperti beliau. Bagi Siti, ibu adalah cerminan diri Siti. Beliau seorang wanita yang amat tabah, sanggup berkorban membesarkan anak-anak walaupun kehidupan kami sekeluarga tidaklah semewah mana tetapi ibu tidak pernah mengeluh. Ibu cekal membantu arwah abah Siti mencari rezeki seperti menjual kuih dan bekerja di kantin di dalam berek polis tempat kami tinggal.
Ibu Siti seorang yang amat lembut dari segi cara dan tutur bicaranya namun hatinya amat tegas. Meskipun ibu terkenal dengan kelembutannya tetapi dalam mendidik anak-anak ibu amat tegas. Sikap ibu itulah yang telah membuatkan Siti mampu berfikir lebih matang dari usia Siti sejak kecil. Siti tidak malu membantu ibu Siti berniaga kuih meskipun harus bangun seawal jam 5 pagi untuk membantu ibu di dapur. Sempat lagi Siti tidur di dapur setelah menggulung popia dan juga mengelim karipap. Kemudian Siti bersiap-siap pula ke sekolah dengan membawa kuih dalam bakul yang disediakan ibu. Hari-hari lainnya kami akan berniaga di hadapan balai polis ataupun di pekan sehari di bandar Kuala Lipis. Siti lakukan ini kerana melihatkan kecekalan ibu Siti.
Ibu seorang yang amat pandai mengendalikan soal wang dan kami sekeluarga menamakannya Menteri Kewangan. Walaupun Siti sudah berkahwin tetapi ibu masih juga menjaga soal kewangan Siti. Walaupun ibu tidak berpendidikan tinggi tetapi kemampuan ibu untuk berfikir dan merancang masa depan amat Siti kagumi.
Sebetulnya Siti amat bersyukur kerana sebagai anak, apa yang terdaya telah Siti lakukan untuk membahagiakan ibu Siti. Siti tahu kami sekeluarga pernah susah dan apabila ada sedikit rezeki, kami menyediakan rumah yang selesa buat ibu dan arwah abah. Siti juga gembira kerana dapat mengerjakan ibadah haji dengan ibu beberapa tahun dulu. Ia adalah pengalaman yang amat manis kerana selain ke Tanah Suci bersama suami, Siti juga akan mengerjakan haji bersama ibu yang turut ditemani abang Siti.
Jika pada hari ini ada di antara kita yang lalai atau terlepas pandang betapa berharganya ibu dalam hidup kita, Siti amat berharap agar kita segera mengubah sikap itu kerana tidak ternilai jasa yang telah mereka curahkan. Bagaimana keadaan kita pada hari ini jika ibu tidak memberikan belaian yang baik sejak kecil?
Doa ibu juga sangat berkat untuk kesejahteraan anak-anak. Siti bertuah kerana ibu telah mengajar kami untuk memohon restu dalam apa jua pekerjaan atau perkara yang kami mahu lakukan. Ibu tidak pernah lupa mendoakan kejayaan dan kebaikan anak-anaknya. Alangkah bertuahnya kita memiliki ibu dan berikan kasih sayang kita semampunya kerana itulah yang mereka mahu. Seorang ibu tidak memerlukan wang ringgit atau harta sebagai tanda kasih anaknya tetapi cukuplah perhatian, kasih sayang dan juga cara kita melayan mereka hingga ke hari tua.
Pada sambutan Hari Ibu setiap tahun, jika Siti mengadakan persembahan, Siti akan mengundang ibu Siti dan kini Siti juga mempunyai ibu mentua. Pernah dalam satu majlis Hari Ibu, Siti berpeluang menyanyi berduet dengan ibu Siti. Meskipun sudah tiga tahun ibu berseorangan kerana pemergian arwah abah, Siti melihat ibu amat tabah. Ibu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun Siti akui yang ibu juga merindui arwah abah.
Insya-Allah, selagi nyawa dikandung badan, Siti akan berusaha menjaga ibu dengan baik. Sesekali ibu datang ke Kuala Lumpur, Siti akan minta ibu tinggal di rumah Siti. Lazimnya orang tua tidak betah kerana mahu kembali ke rumah mereka juga tetapi sekurang-kurangnya ada masa Siti dapat luangkan bersama ibu. Jika tidak ada aktiviti, Siti juga turut pulang ke Kuala Lipis menemui ibu. Masakan ibu pasti Siti nanti-nantikan. Rasanya tiada bandingan air tangan ibu terutama ikan patin masak tempoyak dan juga kari.
Pada kesempatan ini, Siti ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu. Semoga terus dilindungi Allah selalu. Bertemu kembali kita dua minggu lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari Dalam Diri: Terkenang abah
Oleh Siti Nurhaliza
[email protected]
2011/06/25
Nasihat jaga nama keluarga, usah kejar glamor terus jadi azimat dalam dunia seni
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Berita Harian minggu ini. Semoga hujung minggu ini memberikan keceriaan kepada anda sekeluarga hendaknya.
Rasanya masih belum terlewat untuk Siti mengucapkan Selamat Hari Bapa buat seluruh kaum bapa di mana saja anda berada. Jadilah seorang pemimpin dan ketua keluarga yang bukan saja disayangi, dihormati malah menjadi teladan yang terbaik buat anak-anak.
Bagi Siti, kenangan bersama arwah Abah Siti adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan hingga sekarang. Abah adalah inspirasi yang amat besar dalam kehidupan kami adik beradik. Sikap abah yang tegas menjadikan kami amat menghormati beliau namun dalam masa yang sama, abah juga seorang yang suka berjenaka dan senang bercerita.
Kejayaan Siti hari ini juga banyak diinspirasikan oleh abah.Abah memberi restu kepada Siti untuk menceburi bidang nyanyian 16 tahun lalu. Abah jugalah orang yang bertanggungjawab menandatangani kontrak sebagai artis rakaman mewakili Siti yang masih lagi bergelar pelajar sekolah pada waktu itu. Siti masih ingat semua nasihat yang abah berikan terutamanya apabila beliau membenarkan Siti menjadi artis.
Abah mahu Siti tahu menjaga diri, menjaga nama baik keluarga, tidak mengejar glamour dan tekad untuk mencari rezeki. Itulah yang Siti cuba lakukan sejak dahulu hinggalah ke hari ini walaupun arwah abah sudah tidak ada lagi.
Minggu ini juga, Siti ingin menyentuh sedikit mengenai pembabitan Siti bersama beberapa selebriti lain dalam Askar Wataniah. Berita ini tentunya telah mengejutkan sebahagian daripada peminat Siti tetapi bagi mereka yang mengetahui sejarah Siti sejak kecil, barangkali tidak ada apa yang menghairankan. Siti memang sukakan aktiviti lasak, suka mencuba perkara-perkara baru dan cita-cita asal Siti adalah untuk menjadi anggota polis. Apabila peluang menyertai Askar Wataniah ini sudah di depan mata, Siti tidak melepaskan peluang sebegini.
Sesiapa saja yang berumur di antara 18 hingga 45 tahun dibolehkan menyertai Askar Wataniah. Ia adalah untuk setiap orang awam yang secara sukarela mahu berkhidmat di dalam tentera. Khidmat Askar Wataniah ini bukan hanya diperlukan sewaktu peperangan saja tetapi termasuk sewaktu kejadian bencana alam dan juga projek jiwa murni.
Siti juga ingin menyarankan kepada warga Malaysia yang berminat untuk menyertai Askar Wataniah marilah bersama-sama Siti kerana ia adalah usaha yang murni dan mampu menerapkan nilai patriotik di dalam diri kita. Selain itu, pembabitan ini juga boleh dianggap sebagai salah satu sumbangan atau pengorbanan kita untuk tanah air tercinta.
Antara selebriti yang sudah menyertai Askar Wataniah bersama Siti ialah Shaheizy Sam, Ana Raffali, Mohd Nor Bon, Aizat, Intan Ladyana dan Nurul Hidayah. Insya Allah akan menyusul beberapa selebriti lain yang bersama-sama Siti nanti.
Perkembangan lain pula, pada hari esok, Siti akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang iaitu bekas sekolah Siti kerana diberi penghormatan untuk merasmikan acara penutupan perkhemahan bersepadu di sana. Ini adalah kunjungan Siti selepas setahun lalu sewaktu majlis perjumpaan semula bekas guru dan pelajar Clifford diadakan.
Siti masih ingat lagi, Siti juga diberi kesempatan untuk menanam pokok di hadapan bangunan pejabat sekolah dan pastinya Siti tidak sabar untuk melihat hasilnya selepas setahun berlalu.
Sekarang ini, Siti juga semakin sibuk dengan pelbagai persediaan sebelum bulan puasa dan hari raya. Siti memang lebih gemar menghabiskan sesi fotografi ataupun program raya sebelum Ramadan menjelma. Siti juga akan kembali mengadakan sesi kunjungan dan bertemu pengguna SimplySiti di beberapa outlet di Lembah Klang dan juga di luar Kuala Lumpur. Jadual Siti juga semakin padat kerana ada beberapa produk baru daripada SimplySiti yang ingin dipromosikan.
Mengenai album Inggeris Siti, insya Allah ianya akan dipasarkan. Siti faham ramai peminat Siti yang tidak sabar menantikannya. Sekarang ini album itu sedang menjalani proses mastering di luar negara. Siti mahukan hasil yang terbaik untuk album Inggeris sulung ini. Namun dalam masa yang sama Siti sendiri tidak sabar untuk memasarkannya.
Sekali lagi Siti ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca Berita Harian khususnya yang mengikuti kolum Siti ini, moga hari ini dan hari mendatang memberikan kita kejayaan dan kebahagiaan selalu hendaknya.
Salam sayang dan bertemu lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|