CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Rashid anggap Indonesia seimbang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Ketua jurulatih percaya tidak mustahil skuad negara tewaskan barisan HadinataWALAUPUN Indonesia kehilangan sentuhan Taufik Hidayat dan pakar beregu campuran, Liliyana Natsir menjelang Piala Sudirman di Qindao, China bermula esok, Rashid Sidek masih menyimpulkan kekuatan musuh tradisi itu tetap sama.\rKetua jurulatih itu berkata, Indonesia yang pernah muncul juara kejohanan berpasukan campuran itu tetap pilihan memenangi pertemuan terakhir Kumpulan B Rabu nanti, tetapi percaya bukan mustahil skuad negara diterajui Lee Chong Wei melakukan kejutan ke atas skuad bimbingan Christian Hadinata itu.\r\n\n\n\n\r  “Begitupun, saya tidak mahu memikirkan pertemuan menentang Indonesia kerana ia masih jauh dan apa yang penting, fokus kini adalah perlawanan pembuka tirai kumpulan menentang Russia Isnin ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Walaupun Russia dikatakan bakal menjadi mangsa belasahan, saya tidak mahu pemain terlalu yakin. Ini kerana kekuatan pemain wanita mereka lebih baik daripada kita yang masih dalam proses pembinaan,” katanya.\rSehubungan itu, Rashid berkata, sandaran sudah tentu diletakkan kepada perseorangan dan beregu lelaki untuk menutup kepincangan sambil berharap pemain wanita mampu memperagakan persembahan terbaik untuk mengutip mata.\r“Kita harap Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mampu menangani tekanan yang diletakkan untuk mengutip mata dan tekanan itu juga baik untuk memantapkan mental mereka,” katanya.\rRashid bersama skuad negara menjalani sesi latihan pertama selama 45 minit di gelanggang pertandingan pagi semalam dan mengakui tempoh diberikan itu belum cukup buat pemain menyesuaikan diri.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Hadinata mengakui pertembungan Malaysia-Indonesia pasti sengit kerana tidak ada pasukan yang mahu tewas, selain tidak menafikan sejarah kejohanan menyaksikan banyak kejutan.\r“Tetapi, kami juga mahu memikirkan dulu pertemuan menentang Russia kerana mereka sebenarnya bukan calang-calang pasukan. Mereka ada barisan pemain wanita yang bagus, begitu juga beregu campuran,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.263233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list