CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Mesti Tonton: Lakonan luar biasa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Filem: Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides Genre: Pengembaraan, fantasi, aksi Pengarah: Rob Marshall Pelakon: Johnny Depp, Penelope Cruz, Ian McShane, Geoffrey Rush, Kevin McNally,  Stephen Graham, Sam Claflin, Astrid Berges-Frisbey Tayangan: Mulai 19 MeiSELEPAS kejayaan tiga filem pertama Pirates of the Caribbean iaitu The Curse of the Black Pearl (2003), Dead Man’s Chest (2005) dan At World’s End (2007), kini Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer Films menghidangkan pula filem keempatnya, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, yang diterbitkan Jerry Bruckheimer di bawah arahan Rob Marshall. \n\n\n\nMasih mengekalkan teraju utama seperti Johnny Depp dan Geoffrey Rush, filem lanun terbaru ini dimeriahkan juga dengan kehadiran Penelope Cruz dan Ian McShane, selain Kevin McNally, Stephen Graham dan beberapa lagi pelakon lain.\n\n\n\n\nSeperti mana filem terdahulu, keseronokan memang dirasa saat menonton filem keempat dalam siri francais ini. Tidak sah namanya jika filem Pirates of the Caribbean tidak diisi dengan babak aksi yang menghiburkan. Selepas 10 minit pertama, peminat sudah pun disuap dengan babak aksi Kapten Jack Sparrow yang cuba melepaskan diri daripada istana raja. Babak kejar-mengejar di dalam istana dan di sekitar kota London yang berlumpur cukup seronok untuk disaksikan. Apatah lagi kali ini filem yang menjalani penggambaran di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Hawaii itu dipersembahkan dalam format 3D. Lalu, keseronokan menontonnya juga bagaikan dua kali ganda. Ditambah pula dengan set dan pemandangan hebat yang dihidangkan.Ceritanya juga mudah untuk diikuti. Boleh dikatakan, Ted Elliott dan Terry Rossio menulis sebuah kisah yang paling mudah untuk difahami menerusi filem ini, berbanding tiga judul sebelumnya. \n\n\n\nIa berkisar mengenai Jack yang dipaksa menaiki kapal Queen Anne’s Revenge oleh bekas teman wanitanya, Angelica. Wanita itu ialah anak lanun yang digeruni ramai, Blackbeard. Mereka kini berusaha untuk mencari telaga sakti yang dikatakan mampu mengekalkan keremajaan seseorang yang meminum airnya.Dalam pencarian itu, mereka berdepan halangan bukan saja daripada Kapten Hector Barbossa yang kini berkhidmat untuk raja England, malah daripada pasukan tentera Sepanyol yang turut menuju ke destinasi serupa.Walaupun ada saatnya On Stranger Tides agak perlahan rentaknya, namun apabila kumpulan lanun ini tiba ke kawasan teluk yang didiami sekumpulan duyung, suasana mula berubah. Sejak itu, penceritaan semakin menarik dan aksinya juga kian mendebarkan.Boleh dikatakan, kemunculan duyung yang cantik tetapi sebenarnya menggerunkan itu memberikan nafas lebih segar kepada siri filem ini, lebih-lebih lagi apabila dihasilkan dengan begitu mempesonakan hasil kecanggihan teknologi terkini.Depp sendiri masih tegar dengan lawaknya dalam lakonan yang mengesankan. Berbaloi bayaran kira-kira RM160 juta yang dikeluarkan pihak penerbit untuknya, apabila pelakon ini tidak mengecewakan mereka dengan aksinya yang memang luar biasa.Begitupun, penonton juga pasti membuka mata dengan persembahan diberikan McShane sebagai lanun kejam, Blackbeard. Kemunculannya nyata mengimbangi aspek lakonan dalam episod terbaru ini, begitu juga dengan aktor veteran, Rush, yang menghidupkan kembali watak Barbossa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.367613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list