View: 110|Reply: 0
|
Jadi Bualan: Shahir, Rozita sah bercinta
[Copy link]
|
|
SEPERTI diduga dan dihidu ramai memang sah ibu tunggal kepada dua anak, Rozita Che Wan dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sebenarnya sudah lama menjalinkan cinta. Pelakon jelita yang sedang menjalani penggambaran drama Anissa untuk slot Samarinda TV3 dan Hilang slot Ratu TV9 itu akhirnya membuat pengakuan sebenar, minggu lalu. Bagaimanapun, Shahir pula memilih untuk terus berahsia dan meminta diberikan tempoh masa sesuai untuk merungkai segala-galanya. Ada yang mengandaikan Shahir bertindak sedemikian kerana bimbang dan takut dengan reaksi peminatnya yang selama ini terang-terangan seperti tidak merestui hubungannya dengan Rozita. Ironinya, Shahir perlu bersuara kerana hingga saat ini ramai yang menganggap seperti kakak kepada Ayu Raudhah itu pula yang terhegeh-hegeh menginginkan hero filem Karak itu. Apakah kesudahan hubungan mereka bakal berakhir ke jenjang pelamin? Masih terlalu awal untuk diperkatakan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|