CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

‘Vettel dipuji setinggi gunung’

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BARCELONA: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menghamburkan pujian terhadap juara dunia muda yang juga pemandu utama pasukan itu, Sebastian Vettel selepas dia meraih kemenangan ke-13 dalam kariernya pada Grand Prix Sepanyol, kelmarin.\rHorner berkata, prestasi pemandu Jerman berusia 23 tahun itu ‘menakjubkan’ tatkala dia mempertahankan kedudukan selaku pendahulu ketika diasak pemandu Britain, Lewis Hamilton, 26, juara dunia 2008 yang memandu untuk McLaren.\r\n\n\n\n\r   “Menakjubkan daripada Seb. Satu pemanduan yang benar-benar hebat,” kata Horner.\r\r\n\n\n\n\n   “Ia perlumbaan penuh aksi. Fernando (Alonso) benar-benar mengubah dinamik perlumbaan dengan menjadi pendahulu. Dia tidak mempunyai prestasi pemanduan menakjubkan, tetapi begitu sukar untuk memotongnya.\r“Kami berupaya membantu Seb dengan menyuruhnya memotong dari sebelah dalam dan dia melakukannya dengan begitu berkesan dan terus mempertahankan kedudukan.\r“McLaren memberikan saingan sengit kepada kami hari ini. Perlumbaan itu adalah cabaran yang berbeza dengan tahap 1/8 pada kelayakan dan 3/8 pada perlumbaan sebenar dan tayar mengalami tekanan berbeza pada peringkat berbeza ketika perlumbaan. \r“Pada satu peringkat kami terfikir untuk melakukan lima hentian pit!  Faktor bagaimana untuk mengurus dan menjimatkan tayar, bukan menjahanamkan, tetapi bercakap mengenainya, McLaren menerusi Lewis mengasak dengan cukup hebat hari ini dan mereka mempunyai jurang besar berbanding pencabar lain.\r\n\n\n\n\r“Ia prestasi menakjubkan oleh Seb, sistem DRS sangat berkuasa di laluan lurus dan dia hanya menggunakan sistem itu dengan terhadap, pada satu pertiga terakhir perlumbaan.” – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.097771 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list